Tuesday 31 October 2017

54 anak Gayong lakar sejarah LULUS UJIAN KHATAM PANTAI

54 anak Gayong lakar sejarah
LULUS UJIAN KHATAM PANTAI
2 MUHARAM 1439 melakar sejarah dan kenangan terindah buat 54 anak Gayong yang menjalani ujian khatam Seni Keris di Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Awal pagi lagi, mereka berhimpun di hadapan Widad Villa untuk menjalani latihan terakhir dan diajarkan tiga buah penamat Seni Keris oleh Khalifah Besar Selangor, Cikgu Md Ezhar Abas sebelum meneruskan istiadat berkhatam di pantai.
Rata-rata peserta bersemangat untuk menyusur gigi pantai dengan air laut yang berombak pelahan. Mereka terpaksa mengharungi cabaran itu sebanyak tujuh kali berulang alik beramai-ramai dengan penuh ketabahan
.

Sebaik selesai mengharungi ujian di pantai, kesemua peserta kembali ke Widad Villa untuk menjalani adat bersiram disempurnakan Cikgu Mohd Sani Murni dan berenjis Cikgu Rahman Ibrahim sebelum tutup gelanggang.
Di akhir majlis, kesemua peserta menerima sijil kursus dan khatam Seni Keris dari waris Muktlak almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman, Datuk Paduka Hajah Siti Fadzilah dan waris Amanah, Cikgu Sazali Meor Abdul Rahman.
Dalam ucapan YDP Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, berkata beliau berasa terharu dengan sambutan dan semangat yang ditunjukkan kesemua peserta.


“Saya berharap apa yang dipelajari hari ini dapat diwarisi dan diteruskan untuk generasi Gayong akan datang. Kamu bakal menjadi pewaris Gayong yang akan mengantikan guru-guru lama yang semakin berkurangan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib YDP 1 PSSGM Kebangsaan, Cikgu Rosman Ismail mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta kerana berjaya melepasi ujian khatam Seni Keris.
“Walaupun nampak mudah tapi ia amat sukar untuk ditempuh oleh peserta sekiranya tidak mempunyai semangat kental, ketabahan dan kecekalan sewaktu mengharungi air laut dan ombak kecil.”
Cikgu Rosman Ismail mewakili YDP PSSGM Selangor, Dato Haji Zainal Abidin Haji Sakom yang tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.
Majlis khatam Seni Keris dianjurkan Akademi Gayong Kuala Lumpur di bawah PSSGM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta mendapat kerjasama dari PSSGM Selangor.
Ia adalah lanjutan kursus Seni Keris yang diadakan di Gelanggang Tok Jenai, Kg. Padang Balang, Kuala Lumpur dibawah seliaan Cikgu Mohd Sani Murni dan Gelanggang Panglima Hitam, Batu Arang, Selangor dibawah selian Cikgu Rosman Ismail.
Istiadat khatam Seni Keris biasanya diadakan lima tahun sekali bergantung kepada jumlah penyertaan dan keperluan untuk menganjurkan majlis gemilang ini.



Sekali BerGayong, Selamanya BerGayong
Salam Ukhuwah dan Salam SeGayong
Foto : Mohd Radhi Hannan

71 terima Sandang Kebesaran 2017 LAKAR SEJARAH GAYONG PERLIS

71 terima Sandang Kebesaran
2017 LAKAR SEJARAH GAYONG PERLIS
SERAMAI 51 gurulatih kanan dari Perlis, Kedah, Selangor dan Perak menerima sandang berjawatan manakala 20 lagi menerima sandang kehormat sempena Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) bahagian Negeri Perlis.
Majlis julung kali anjuran PSSGM Perlis di Dewan Angkatan Pertahanan Awam maju setapak lagi dalam memperjuangkan lagesi Gayong yang diwarisi daripada almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman.
Majlis yang sepatutnya dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim kerana berada di Sabah digantikan wakilnya, Tuan Husin Yusof, Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Negeri Perlis. Dalam teks ucapan yang dibacakan Tuan Husin Yusof, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada PSSGM Perlis kerana bekerja keras menjayakan majlis julung kali ini.

Cikgu Farady Omar Ditabal Sandang Panglima Pelangi Hitam (Negeri Perlis) Oleh Cikgu Sazali Meor Abdul Rahman (Waris Amanah) sambil diperhatikan Oleh Cikgu Rosman Ismail dan Cikgu Mufti Ansari (Waris Amanah)


Katanya, sandang kebesaran ini melambangkan status, tanggungjawab dan bidang kuasa yang diamanahkan kepada setiap penerima sandang. Sandang kebesaran ini merupakan hak istimewa Dato’ Mahaguru.
Selepas pemergian Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman kuasa menganugerahkan sandang kebesaran terletak kepada Lembaga Waris Amanah.
YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim menyeru kepada semua anak-anak Gayong ADMAR supaya bersatu padu dalam usaha memperjuangkan PSSGM demi agama, bangsa dan negara.
Sandang Berjawatan dianugerahkan kepada ahli dan murid Gayong bagi menentukan kekananan mereka dalam sesuatu majlis formal Pertubuhan. Kriteria penganugerahan berdasarkan kepada peringkat bengkung, aktif dalam Pertubuhan dan gurulatih.
Sementara Sandang Kehormat dianugerahkan kepada bukan ahli Pertubuhan sebagai penghormatan atas jasa mereka dalam membangunkan PSSGM. Kriteria penganugerahan berdasarkan kepada Susunan Keutamaan Persekutuan dari Warta Kerajaan Malaysia.

Cikgu Khairur Ditabalkan Oleh Cikgu Sazali pemegang waris amanah PSSGM 

Di majlis yang sama seramai 51 gurulatih kanan menerima sandang berjawatan dari pelbagai katogeri antaranya sandang Seri Mahkota Cahaya Pelangi membawa kepada Khalifah Besar.
Sandang Seri Cula Pelangi (Waris Beradat), Seri Bintang Pelangi (Ketua Beradat), Seri Relang Pelangi (Khalifah Kanan), Seri Cahaya Pelangi (Khalifah/Serikandi), Seri Pelangi (Khalifah/Serikandi Muda) dan sandang khas, Panglima Pelangi Hitam.
Manakala 20 penerima Sandang Kehormat terdiri dari 4 katogeri iaitu Mahkota Seri Relang Pelangi, Mahkota Seri Cahaya Pelangi, Mahkota Cula Pelangi dan Mahkota Bintang Pelangi.
Antara tetamu kehormat yang menerima sandang Kehormat. Dato’ Ismail Kassim, Tuan Husin Yusof, Datin Seri Dato’ Shamsiah Mohd Yassin, Dato’ Zainal Abidin Haji Sakom, Datuk Shaharuddin Abdul Rashid, Dato’ Ahmad Khairuddin Mohd Hashim dan Dato’ Haji Bing Selamat Amir.
Dalam Sandang Khas, YDP PSSGM Perlis, Farady Omar dan Muhamad Khairul Abu Nasir dari Selangor dianugerahkan sandang Panglima Pelangi Hitam. Ini berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam memperjuangkan Silat Gayong di negeri masing-masing.













Peserta Demo Penutup
PSSGM PERLIS vs PSSGM SELANGOR



Salam Ukhuwah dan Salam SeGayong

Thursday 4 May 2017

KEMBALI KEPADA GAYONG ASAL – DATUK HJ HANIF

KEMBALI KEPADA GAYONG ASAL – DATUK HJ HANIF
Datuk Hj Hanif
Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia 
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju
Demikian antara lirik lagu rasmi Gayong yang menjadi intipati Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Selangor, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom sewaktu berucap di Majlis Makan Malam SeGayong Seirama baru-baru ini.
Katanya, sudah tiba masanya semua anak Gayong yang mewarisi ilmu persilatan dari Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR) bercantum semula demi persaudaraan Gayong.
“Kita perlu berlapang dada untuk bersatu demi persaudara Gayong. Jangan ada anak-anak Gayong yang durhaka dan menindakan ilmu Gayong yang mereka pelajari dari Datuk Meor Abdul Rahman,” ujarnya.


Dato Hj Zainal Abidin Bin Hj Sakom
Yang Di Pertua PSSGM
 Bahagian Negeri Selangor



Sehubungan itu, Dato’ Zainal menyeru semua anak-anak Gayong yang berpecah kembali semula bersatu demi memperjuangkan Gayong ADMAR.

Sementara itu, YDP PSSGM, Datuk Mohd Hanif Haji Koslan berkata pintu tolaransi sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berpatah balik untuk sama-sama bernaung dibawah payong PSSGM yang asal.
“Biarpun PSSGM kehilangan pengasasnya, Dato’ Meor Abdul Rahman namun kita masih mempunyai waris zuriat Mahaguru Silat Seni Gayong, Dato’ Hajah Siti Fazilah dan anak-anaknya.
“Malah kita juga mempunyai waris Amanah, Sazali Salleh@ Dato’ Meor Abdul Rahman yang setia bersama kita untuk sama-sama berjuang demi penyatuan Gayong ADMAR,” jelasnya.
Tambahnya, buanglah yang keruh ambil yang jernih demi masa hadapan anak-anak Gayong. Janganlah berasa ego demi kuasa yang bukan milik kita.

 Dato’ Sharizan Shaari
Pengawai Khas
YB Tan Sri Haji Noh Omar,
 Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis Makan Malam SeGayong, Seirama dirasmikan oleh YB Tan Sri Haji Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun beliau tidak dapat hadir dan mewakilkan Pengawai Khasnya, Dato’ Sharizan Shaari untuk membacakan teks ucapan dan merasmikan Tabung Kecemerlangan PSSGMSEL serta melancarkan Gerakan PSSGMSEL dan menyampaikan penghargaan kepada penyumbang.
Melalui teksnya, Tan Sri Haji Noh meminta semua anak-anak Gayong bersatu semula demi perpaduan dan perjuangan Gayong ADMAR.
Beliau mahu semua anak-anak Gayong menunjukkan komitmen mereka dan bertanggungjawab membawa kembali zaman kegemilang Gayong di zaman almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman masih ada.

Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Siti Catering, Bukit Beruntun, Selangor turut dikejutkan dengan penyerahan 250 borang keahlian Kumpulan Harimau Wilayah bersama 10 gurulatih diketuai Zulkafli Yusof kepada YDP PSSGM, Datuk Mohd Hanif.
Borang itu kemudiannya di serahkan kepada Abdul Rais Abdul Rahman selaku Khalifah Besar Wilayah Persekutuan dan Mohd Awaluddin Marsuk, Pengerusi Gurulatih PSSGM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyertai PSSGM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi anak-anak Gayong dan tetamu kehormat.




Sumber : Cikgu Ramler Ar Rahman 


Tahniah kepada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah atas pengkurniaan Sandang Kehormat PSSGM bergelar MAHKOTA AGONG SERI BINTANG PELANGI...

Ikhlas dari anak-anak Gayong Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.






Penyampaian Sandang Khas kepada 4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman.

BERITA GAYONG
Seremban, NEGERI SEMBILAN - Seramai 14 ahli Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menerima watikah manakala 4 anggota Tiang Balai bagi Adat Negeri Sembilan menerima Sandang Seri Mahkota Cahaya Pelangi dan ditabalkan sebagai Khalifah Besar Negeri.
Majlis julung kali ini diadakan di kediaman Dato' Hajah Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman di Taman Temiang Jaya, Sikamat. Dato' Hajah Siti Fadzilah merupakan Waris Mutlak Zuriat Mahaguru Silat Seni Gayong.
Turut dimeriahkan lagi penyampaian Sandang Khas kepada 4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman.
Pengerusi Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM, Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid berkata penyampaian itu melengkapkan amanah yang diperturunkan kepada setiap pegawai Lembaga Beradat di peringkat kebangsaan.



Tambahnya, Jawatankuasa LBK berfungsi sebagai urusetia kepada Badan Adat PSSGM induk.
"Matlamat badan ini membantu menstrukturkan barisan Lembaga Berada Negeri-negeri agar kegiatan adat istiadat dapat menjalankan aktiviti mengikuti program yang berkesan."
Sementara itu, Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Mior BadrulHisham berkata antara 14 ahli LBK menerima watikah adalah Dato Dr. Ishak Hassan, Cikgu Ishak Taib, Dr. Abdul Mufti Haji Ansari, Cikgu Mior Badrulhisham Kamaruzaman, Cikgu Syarizal Dato' Maizan, Cikgu Mohd Said Hj. Nordin Cikgu Addi Putera Hji Yaakob dan Cikgu Abdul Rais Abdul Rahman.
Manakala, 4 anggota Tiang Balai yang ditabalkan sebagai Khalifah Besar Negeri Sembilan, Cikgu Mohd Said Haji Nordin, Mior Badrulhisham Hisham Kamaruzaman, Shafaruddin Sharif dan Abdul Rahman Mahmud.
Turut menerima Sandang Waris Beradat Seri Cuka Pelangi, Cikgu Muhammad Akramin Zikri Ali sementara Cikgu Selamat Mat Rani menerima watikah Perlimau Tapak dan Seni.
4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman yang menerima Sandang Khas, Encik Ahmad Zabid Hussin, Puan Zubaidah Hussin, Puan Siti Aluyah Hussian dan Puan Masita Hussin.
Majlis yang berlangsung pada sebelah pagi dihadiri lebih 50 tetamu dan tamat jam 12.00 tengah hari. Kebanyakannya hadirin terdiri daripada jawatankuasa Beradat Negeri Sembilan dan Kebangsaan.
Sumber : Cikgu Ramle Ar Rahman

TINGKATKAN JATI DIRI DALAM SILAT (Kursus Seni Tongkat Panjang PSSGM Neg Sel)







BATU ARANG - Semua ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) diminta memperkasakan diri bagi meningkatkan kemahiran dan ketangkasan dalam ilmu bela diri.

Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor PSSGM, Dr. Rosman Ismail berkata tanpa latihan yang agresif dan jati diri,
seseorang pesilat itu akan gagal mempertahankan diri sendiri dan ahli keluarga mereka.
"Latihan intensif dan bersungguh-sungguh mampu menjadikan seseorang pesilat itu lebih berani, mampu mengawal diri serta mudah menewaskan musuh," jelasnya sewaktu berucap di Majlis Penyampaian Sijil Kursus Seni Tongkat Panjang kepada 37 penolong dan gurulatih Silat Seni Gayong di Gelanggang Panglima Hitam, Batu Arang, Selangor baru-baru ini.
Kursus intensif yang diselaraskan sendiri oleh Dr Rosman bersama panel gurulatih menumpukan kepada latihan Asas Gerakan, Elakan, Buah Kunci dan Pentas Seni Tongkat.
Kursus bermula pada hari Sabtu 22 Oktober dan tamat pada 23 October 2016 lalu merupakan sebahagian kursus seni yang dianjurkan oleh PSSGM Selangor sepanjang tahun ini.
Kebanyakkan peserta silat datang dari gelanggang awam, Institut Pengajian Tinggi di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pahang.


Sumber: Cikgu Ramlee Ar Rahman.