Monday 28 April 2014

Majlis Penutupan Kursus Seni Keris Daerah PSSGM Hulu Selangor 2014



Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang

Alhamdulillah bersyukur kita terhadap ilahi, kerana Tuhan mengizinkan kami untuk berkumpul dan menyempurna majlis dari awal sehingga ke penghujung Kursus Seni Keris yang berlangsung selama 4 minggu . yang dibawah anjuran PSSGM Hulu Selangor.
Kursus seni keris berlangsung selama 4 minggu berturut-turut bermula 5.4.2014 Sehingga 26.6.2014  bertempat di gelanggang kuala kubu bharu.
Tahniah kepada yang terlibat Syabas. Semoga segala ilmu yang diberikan di berkati dan bermanfaat. Insyallah . 


Pesilat yang terlibat Kursus Seni Keris

Penyampaian Sijil dari Cikgu Tn Haji Omar


Mendengar ucapan dari Penasihat Hulu Selangor



Sunday 27 April 2014

Pengunguman Majlis Mandi Adat dan Ujian Kenaikkan Bengkong Pssgm Daerah Hulu Selangor 2014



Assalamualaikum . disini ada satu pengumuman penting khususnya bagi pesilat-pesilat di derah hulu Selangor. Pada Tarikh 17 Mei 2014 bersamaan harri sabtu akan diadakan ujian kenaikkan bengkong serta perlimau tapak dan seni peringkat PSSGM Daerah. Kepada pesilat yang berminat untuk menyertai boleh mengambil borang di gelanggang Sangsapurba bermula sabtu ini atau membuat sebarang pengesahan dan sila serahkan borang selewat-lewatnya pada 12hb Mei 2014 berserta Bayaran. Bertempat di ( Serendah Sebagai Tuan rumah) dewan komuniti desa melor bersebelahan dengan futsal dan majlis dijangka bermula jam 9.00 pagi. Sekirannye anda tidak menyerahkan borang dan yuran penyertaan selepas tarikkh yang dinyatakan. Anda tidak layak untuk menyertai program ini. Sila buat pengurusan penyertaan dan yuran Secepat yang mungkin atas sebab kami ingin membuat persiapan dan penyertaan anda amat kami dihargai.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Facebook pssgm Serendah Acc user (Sebagai tuan rumah) Sekian Harap maklum


Tuesday 8 April 2014

Lawatn Mesra dari Pelancong dari Rusia

Lawatn Mesra dari Pelancong dari Rusia 
Ke Gelanggang Kuala Kubu Bharu
Seorang Mualaf Yang baru sahaja masuk islam. 

kata-kata dari Gurulatih Gelanggang Cikgu Zahari Ismail
Zahari Ismail Alhamdulillah...nama saudara baru dr Moscow,Russia ni Ian-Spartac Vodin...nama islamnya Yusouf....memang bersemangat betul dia tengok anak2 gayong bersilat....tak boleh duduk diam dibuatnya...berapa kali bangun nak beransur pergi tak jadi...minat betul dia...beliau ikut jemaah tabligh dtg ke Malaysia...


Latihan Keris Pssgm Hulu Selangor Bulan 4 Tahuu 2014

Latihan Keris PSSGM Hulu Selangor
Berlangsung pada sabtu (malam ) 5.4.2014 yang lalu . Dan ia berterusan selama 4 minggu.





Monday 7 April 2014

Pendaftaran Terbuka PSSGM Serendah 2014



PENDAFTARAN TERBUKA PSSGM SERENDAH
TAHUN 2014



Syarat Penyertaan: 
Berumur 7 tahun keatas (khas Untuk Para Remaja)
Sihat tubuh badan
Tahan Lasak 
Inginkan Cabaran 
Cinta Akan Silat Melayu 
Komitmen yang tinggi
Lelaki dan Perempuan

Aktiviti Menarik :
Majlis Adat Penerimaan Anak Gayong . Mandi Tapak dan Seni 
Ujian Kenaikkan Bengkong Setiap Tahun  .
Kursus dan latihan Tangan Kosong dan Senjata  untuk bengkong hijau dan keatas.
Dapat sertai persembahan demo silat Majlis Besar atau pun Majlis Perkahwinan
Perkhemahan dan latihan bersama pssgm hulu selangor  
Menguji keyakinan bertempur (spparing)
Belajar Seni mempertahankan diri dan keyakinan diri berhadapan musuh


KESAN:
Dapat meningkatkan keyakinan diri
Belajar mendisplinkan diri dan dekatkan diri dengan Allah s.w.t
Dapat mengeratkan silaturrahim
Belajar menghormati kawan-kawan, guru dan orang tua.
Belajar Seni mempertahankan diri dan keyakinan diri berhadapan musuh 
Sebagai Aktiviti Sukan setiap minggu. (aktiviti berpeluh dan aktiviti sihat )

LAIN-LAIN:
(Peserta baru) Datang dengan berpakaian hitam sukan.
Pendaftaran baru :RM15
Yuran Bulanan: RM10

Anda dijemput untuk sertai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Serendah . 
Gelanggang Taman Desa Melor (  Setiap Sabtu jam 9 pagi ) (Kedai Kosong)
Gelanggang Taman Desa Kiambang ( Setiap Sabtu 9 Malam #TakTentu )

Sebarang pertanyaan lokasi gelanggang atau lain-lain sila hubungi no gurulatih yang tertera diatas.

GENGGAM ANGKAT YAKIN WARAS NGERI
GAYONG  

Untuk Bangsa , Tanah Air dan Agama!! Zat !