Sunday 28 November 2010

Syukur & Syabas



Alhamdulillah .... syukur....

selesainya kesudahan program pssgm serendah Ujian & mandi tapak dan serta runion PSSGM.. yang berlangsung di Templekai serendah di kawasan pendalam perkampungan orang asli. Pada 27/11/2010 Penyertaan begitu menarik perhatian gur-guru. Lebih 30 orang yang hadir untuk mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut. Antara murid yang terlibat dari gelanggang seri cahaya Pelangi(batu arang), tempur cahaya pelangi(batu arang), gelanggang kundang(batu arang), gelanggang sangsapurba (serendah), gelanggang tok pinang (serendah)dan gelanggang sekolah menengah agama di rawang. Pernyertaan begitu memberangsaangkan.. Program ini di kendali oleh Cikgu Nurizzudin (Gurulatih Serendah), Cikgu Azrul Nizam (Gurulatih Di Gombak)...
Kami Wakil PSSGM serendah mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada guru-guru gayong yang terlibat secara langsung iaitu Cikgu Khairul, Cikgu Amin, Cikgu Rusman dan guru -guru yang hadir, begitu juga dengan anak gayong yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga kepada Pembantu gurulatih yang turut berjawatan urussetia yang hadir sejak 26/11/2010.. untuk persiapan awal..Akhir kata dari saya gayong adalah segayong,sekandi,seperigi,seminum, sejalan,sejadi,sedarah,sedaging ,dan sepadu..
Jika ada Dulang di tangan,
jangan biar ia terhempas,
jikalau ada sejanta ditangan,
jangan biar orang rampas,

sekian wassasalam...... nafee_07@yahoo.com / nafee.07@gmail.com

Saturday 6 November 2010

Ujian Kenaikan Bengkong dan Perlimau Tapak/Seni 2010


Pihak Gayong Hulu Selangor akan menjalankan Ujian Kenaikan bengkong dan Perlimau Tapak/Seni pada 27-28 November 2010dan bertapak di Tapak Perkemahan Air Terjun Serendah, Kampung Orang Asli, Serendah. Program ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam. Peserta akan terbuka kepada Ahli Gayong Hulu Selangor

Lokasi: Tapak Perkemahan Air Terjun Serendah, Kampung Orang Asli, Serendah

Tarikh: 27-28 November 2010 (2 hari 1 malam)

Penginapan: Khemah di sediakan ( Sila bawa Sekiranya Mempunyai Khemah Sendir)

Barang yang perlu dibawa :
- Pakaian untuk solat
- Uniform Silat
- Sardin 1 tin setiap seorang
- paralatan mandi menutup aurat
- pinggan dan cawan plastik
- Ubat-ubatan sekiranya ada penyakit
- Sleeping bag, selimut , jaket, dan selipar



Bayaran: Bayaran boleh dibayar sebelum 20 November 2010
Senarai bayaran:-perlimau tapak (RM 25.00)
- Pelimau Seni (25.00)
- Ujian kanak-kanak bercula (25.00)
- Ujian Putih (30.00)
- Ujian Hijau (35.00)
Sebarang Pertanyaan: Cikgu Din : 019-3425788
Cikgu Luqman :019-6057033
Cikgu Zaiful :012-9640964
Cikgu Hanafi :012-2410068
Borang penyertaan hendaklah diminta kepada Cikgu Gelanggang.