Sunday 16 November 2014

Makluman Email Terkini Pssgm Hulu Selangor.


Tuan/Puan

Assalamualaikum.

Perkara: Makluman email yang dikemaskini                                                                         17/11/2014

Adalah dimaklumkan bahawa email Pssgm Hulu Selangor telah dikemaskini dan beroperasi mulai hari ini pada 17/11/2014. Jika sebarang pertanyaan melalui Email . Sila berhubung di alamat pssgmhuluselangor.2014@gmail.com . Sekian harap maklum.

Yang Benar
Admin Pssgm Hulu Selangor


Saturday 8 November 2014

Makluman : Gotong Royong 22/11/2014





Kepada anak gayong serendah .

Assalamualaikum
Salam Gayong

Makluman dan jemputan kepada anak gayong serendah . 

Pada 22/11/2014 Jam 9 Pagi . Ahli Jawatan Kuasa Gelanggang Serendah akan mengadakan sesi gotong royong pembinaan gelanggang di belakang dewan komuniti desa melor serendah. Di bawah gurulatih gelanggang Cikgu Nurizzudin di bantu oleh Cikgu Radhi dan Cikgu Aiman. Mohon anak gayong Serendah membuat bakti erti kata bersedekahkan tenaga untuk membantu bersama dalam usaha membangunkan gelanggang silat . Disini kami menyeru kepada anak gayong serendah yang jarang turun untuk hadir dan turut bersama di gelanggang pada hari tersebut jika berkelapangan masa. Sebagai tanda cinta dan rindu akan silat seni gayong di gelanggang asal . Kami juga berharap anda semua hadir tanpa rasa berat dan ringankan diri. Mohon maklumkan kepada kawan-kawan silat atau pun tidak jika berkelapangan masa untuk hadir bersama. Jasa anda amat di hargai .Makanan disediakan.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cikgu Badin di talian 019-3425788 atau Cikgu Radhi 013-2493625.


Nota
Jika anda mempunyai alatan gotong royong seperti mesin rumput, parang, pisau dan lain lain sila bawa bersama pada hari tersebut.

kehadiran boleh dimaklumkan kepada Cikgu Radhi untuk kami menempah makanan . Sekian


Nak datang tanpa bagitau pon boleh . Cume tadapat makan nanti . :)
Mohon hadir kami memerlukan tenaga yang ramai.

Monday 29 September 2014

Thursday 22 May 2014

Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong dan Mandi Adat Tapak dan Seni . PSSGM HULU SELANGOR.


Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Hulu Selangor.
Bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor Serendah





Program bermula jam 8 pagi dimulai dengan pendaftaran peserta dan kehadiran tetamu undangan wakil perlimau dan penguji, Seramai hampir 40 orang terlibat secara langsung dalam program ini, dari beberapa buah gelanggang iaitu Gelanggang Sang Sapurba (Desa Melor) , Gelanggang Kuala Kubu Bharu, Gelanggang BMI , Gelanggang Desa Kelisa , Gelanggang Desa Kiambang Serendah , Gelanggang Tempur Pssgm Kundang Gelangang Semerah Padi CountryHomes dan beberapa yang buah gelanggang yang lain . Jam 9 bermula Program mandi tapak dan seni yang di perlimau kan cikgu Datuk Paduka Mufti Ansari. Jam 11 pagi bermula Ujian Kenaikkan bengkong sehingga tamatnya jam 2ptng . Tahniah kepada peserta yang baru menjadi anak gayong , dan tahniah juga kepada peserta ujian dan kebanykkannye Semua lulus. Alhamdulillah . bagi yang gagal, anda bukan gagal selama-selamanya. Teruskan bersilat Insyallah . Tahniah dan syabas. Setinggi Penghargaan kepada Cikgu Mufti , Cikgu Amin , Cikgu Megat , Cikgu Radhi , Cikgu AzrulNizam, Cikgu Norisfaszrin yang sudi melibat kan diri dengan menghantar anak buah masing-masing untuk turut serta . Alhamdulillah . moga-moga insyallah kenalan baru mahupun yang lama , moga-moga silaturrahim berkekalan . tanpa mengira pentadbiran dan pertubuhan , kita adalahh Anak Gayong!! ZAT!

Sekian ...  


Monday 28 April 2014

Majlis Penutupan Kursus Seni Keris Daerah PSSGM Hulu Selangor 2014



Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang

Alhamdulillah bersyukur kita terhadap ilahi, kerana Tuhan mengizinkan kami untuk berkumpul dan menyempurna majlis dari awal sehingga ke penghujung Kursus Seni Keris yang berlangsung selama 4 minggu . yang dibawah anjuran PSSGM Hulu Selangor.
Kursus seni keris berlangsung selama 4 minggu berturut-turut bermula 5.4.2014 Sehingga 26.6.2014  bertempat di gelanggang kuala kubu bharu.
Tahniah kepada yang terlibat Syabas. Semoga segala ilmu yang diberikan di berkati dan bermanfaat. Insyallah . 


Pesilat yang terlibat Kursus Seni Keris

Penyampaian Sijil dari Cikgu Tn Haji Omar


Mendengar ucapan dari Penasihat Hulu Selangor



Sunday 27 April 2014

Pengunguman Majlis Mandi Adat dan Ujian Kenaikkan Bengkong Pssgm Daerah Hulu Selangor 2014



Assalamualaikum . disini ada satu pengumuman penting khususnya bagi pesilat-pesilat di derah hulu Selangor. Pada Tarikh 17 Mei 2014 bersamaan harri sabtu akan diadakan ujian kenaikkan bengkong serta perlimau tapak dan seni peringkat PSSGM Daerah. Kepada pesilat yang berminat untuk menyertai boleh mengambil borang di gelanggang Sangsapurba bermula sabtu ini atau membuat sebarang pengesahan dan sila serahkan borang selewat-lewatnya pada 12hb Mei 2014 berserta Bayaran. Bertempat di ( Serendah Sebagai Tuan rumah) dewan komuniti desa melor bersebelahan dengan futsal dan majlis dijangka bermula jam 9.00 pagi. Sekirannye anda tidak menyerahkan borang dan yuran penyertaan selepas tarikkh yang dinyatakan. Anda tidak layak untuk menyertai program ini. Sila buat pengurusan penyertaan dan yuran Secepat yang mungkin atas sebab kami ingin membuat persiapan dan penyertaan anda amat kami dihargai.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Facebook pssgm Serendah Acc user (Sebagai tuan rumah) Sekian Harap maklum


Tuesday 8 April 2014

Lawatn Mesra dari Pelancong dari Rusia

Lawatn Mesra dari Pelancong dari Rusia 
Ke Gelanggang Kuala Kubu Bharu
Seorang Mualaf Yang baru sahaja masuk islam. 

kata-kata dari Gurulatih Gelanggang Cikgu Zahari Ismail
Zahari Ismail Alhamdulillah...nama saudara baru dr Moscow,Russia ni Ian-Spartac Vodin...nama islamnya Yusouf....memang bersemangat betul dia tengok anak2 gayong bersilat....tak boleh duduk diam dibuatnya...berapa kali bangun nak beransur pergi tak jadi...minat betul dia...beliau ikut jemaah tabligh dtg ke Malaysia...


Latihan Keris Pssgm Hulu Selangor Bulan 4 Tahuu 2014

Latihan Keris PSSGM Hulu Selangor
Berlangsung pada sabtu (malam ) 5.4.2014 yang lalu . Dan ia berterusan selama 4 minggu.





Monday 7 April 2014

Pendaftaran Terbuka PSSGM Serendah 2014



PENDAFTARAN TERBUKA PSSGM SERENDAH
TAHUN 2014



Syarat Penyertaan: 
Berumur 7 tahun keatas (khas Untuk Para Remaja)
Sihat tubuh badan
Tahan Lasak 
Inginkan Cabaran 
Cinta Akan Silat Melayu 
Komitmen yang tinggi
Lelaki dan Perempuan

Aktiviti Menarik :
Majlis Adat Penerimaan Anak Gayong . Mandi Tapak dan Seni 
Ujian Kenaikkan Bengkong Setiap Tahun  .
Kursus dan latihan Tangan Kosong dan Senjata  untuk bengkong hijau dan keatas.
Dapat sertai persembahan demo silat Majlis Besar atau pun Majlis Perkahwinan
Perkhemahan dan latihan bersama pssgm hulu selangor  
Menguji keyakinan bertempur (spparing)
Belajar Seni mempertahankan diri dan keyakinan diri berhadapan musuh


KESAN:
Dapat meningkatkan keyakinan diri
Belajar mendisplinkan diri dan dekatkan diri dengan Allah s.w.t
Dapat mengeratkan silaturrahim
Belajar menghormati kawan-kawan, guru dan orang tua.
Belajar Seni mempertahankan diri dan keyakinan diri berhadapan musuh 
Sebagai Aktiviti Sukan setiap minggu. (aktiviti berpeluh dan aktiviti sihat )

LAIN-LAIN:
(Peserta baru) Datang dengan berpakaian hitam sukan.
Pendaftaran baru :RM15
Yuran Bulanan: RM10

Anda dijemput untuk sertai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Serendah . 
Gelanggang Taman Desa Melor (  Setiap Sabtu jam 9 pagi ) (Kedai Kosong)
Gelanggang Taman Desa Kiambang ( Setiap Sabtu 9 Malam #TakTentu )

Sebarang pertanyaan lokasi gelanggang atau lain-lain sila hubungi no gurulatih yang tertera diatas.

GENGGAM ANGKAT YAKIN WARAS NGERI
GAYONG  

Untuk Bangsa , Tanah Air dan Agama!! Zat !



Friday 24 January 2014

DemonStrasi Sempena Hari Kelahiran Rasul.


Bertempat di Masjid Serendah Nurul Iman
Gelanggang Sangsapurba dan Gelanggang Desa Kelisa, Hulu Yam
Alhamdulillah Moga allah memberkati majlis tersebut.















Marquee Example


Demonstari depan YB Kamalanthan .

Bertempat Bukit Sentosa
PSSGM HULU SELANGOR
Cawangan Serendah 
Wakil Gelanggang SangSapurba

Majlis Gurulatih Peringkat Negeri Selangor .

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia 
Cawangan Serendah Hulu Selangor.


Gelanggang Sangsapurba

Pada bulan 12. Alhamdulillah PSSGM Hulu Selangor telah menghantar 2 orang wakil dari gelanggang Sangsapurba. Untuk Kursus Gurulatih Peringkat Negeri Selangor. Di bawah Majlis Gurulatih Negeri Selangor . MGNS. Sehubungan dengan itu dengan kursus ini dapat melahirkan gurulatih yang bertauliah serta dapat menaikkan taraf pesilat sebagai gurulatih serta dapat membantu mengembangkan gayong di daerah masing-masing . Insyallah, semoga diberkati . dan semoga gayong berkembang maju . Suatu mase kelak . dengan izin allah .
 Dato Adiwijaya. Presiden PSSGMK
Peserta Kursus

Wakil PSSGM Hulu Selangor.
Sedara Aiman Rabbani

Wakil PSSGM Hulu Selangor
Cikgu Radhi


Wakil Peserta dari H.S

Lates Info Ujian Kenaikkan Bengkong dan Mandi adat yang lalu.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia 
Cawangan Serendah Hulu Selangor.
Gelanggang Sangsapurba

Bertempat di dewan Desa Melor Serendah
Pada Tahun 2013 bulan 11 . PSSGM Gelanggang SangSapurba telah mengdakan satu ujian kenaikkan bengkong dan mandi adat , perlimau seni dan tapak. Ujian ini telah dihadiri gelanggang dari BMI bawah cikgu Azrul Nizam dan gelanggang kami bawah cikgu Nurizzudin  . Mandi Tapak dan seni  telah di perlimau kan oleh Cikgu Rosman Ismail . Wakil perlimau adat Silat Seni Gayong. dan Ujian telah di uji Oleh Cikgu Rosman juga dibantu oleh Cikgu Azrul Nizam . Alhamdulillah segalanye berjalan lancar dan sempurna . Semoga Silat Seni gayong berkembang maju dengan waris dan adat . Insyallah.