Wednesday 26 December 2012

Alhamdulillah Syukur.




Tahniah&Syabas.

Syukur Alhamdulillah. Selesai sesi Ujian kenaikkan bengkong PSSGM Serendah tahun 2012.
Segulung ucapan Tahniah Kepada Pesilat daripada Gelanggang Sangsapurba (serendah) dan gelanggang SAMER rawang.Yang sudi mengambil bahagian pada malam tersebut seramai 19orang yang mengambil ujian hitam ke putih dengan begitu semangat dan bersungguh-sungguh tanpa merungut kepenatan atau sebagainya .. Tahniah.. Tidak lupa juga kepada Cikgu Amin (Pelangi Hitam 3) yang sudi menjadi penguji kepada pesilat yang mengambil ujian pada malam tersebut.
Terima kasih juga kepada Cikgu Nurizzuden Bin Sunarssa (Pelangi Kuning 5) gurulatih gelanggang atas usaha beliau untuk mengajurkan majlis ujian kenaikkan bengkong.

Bagaimana pun Pihak penyelia blog PSSGM HULU SELANGOR Mengucapkan tahniah kepada semua anak gayong terlibat pada malam tersebut dengan menghabiskan tenaga untuk menjaya majlis tersebut . Tahniah di ucapkan.
Sekian.. wasalam.

Tuesday 18 December 2012

Petukaran..~ Tarikh ujian

Assalamualiaikum
Ujian Kenaikan Bengkong Bagi Awan Putih Dan Pelangi Hijau

Perkara di atas adalah dirujuki.
2. Adalah dimaklumkan, Pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Hulu Selangor, Gelanggang Sang Sapurba ingin membuat majlis ujian kenaikan bengkong bagi mana-mana pelajar yang ingin mengambil ujian tersebut. Butiran majis adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Disember 2012 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Awam Desa Melor Sang Sapurba (Gelanggang Futsal)
Masa : 8.30pm-11.00pm
Bayaran
Awan putih : RM 25.00
Pelangi Hijau : RM 35.00

3. Untuk maklumat tuan/puan, majlis dianjurkan bagi menaikkan semangat kepada pelajar silat serta menaikkan pencapaian pelajar dalam dunia persilatan.
Kerjasama dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Ujian Kenaikan Bengkong ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Segala maklum balas bolehlah menghubungi Cikgu Nurizzudden bin Sunarsa (Gurulatih Gelanggang Sang Sapurba) di talian 019-3425788.

Sekian,

Saturday 1 December 2012

Ujian Kenaikkan Bengkong 2012

 

01/12/12 PSSGM SERENDAH

Assalamualaikum
Pssgm Serendah akan mengadakan ujian kenaikkan bengkong dan perlimau adat...pada tarikh 22.12.2012 (Sabtu) .Bagi yang berminat boleh beri nama pada latihan Sabtu depan bersamaan 8.12.2012 dan tarikh akhir untuk memberi nama adalah pada 15.12.2012...dan ujian kenaikan bengkung hanya untuk

a) Hitam ke Putih
b) Putih ke Hijau

sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Izzudden (0193425788) Cikgu Radhi Al Mardhatillah atau boleh terus ke gelanggang Pssgm Serendah. sekian, wasalam

Pengunguman Waktu Latihan sesi 2012/2013




PSSGM serendah

Pihak Atasaan Iaitu gurulatih Pssgm serendah Hulu Selangor telah menetap latihan bertukar waktu jam 9.00 pagi (sabtu) di dewan komuniti desa melor serendah (bersebelahan dengan futsal). Jika Latihan di waktu pagi tidak mengizinkan seperti contoh HUJAN atau SEKOLAH GANTI bahawa latihan pada hari tersebut akan berganti pada waktu malam sahaja. Jam 9.00 mlm (sabtu) Di Padang bola Awam desa melor. *bahagian atas. Sebarang Maklumat Boleh berhubung Di FB Pssgm Serendah/ Page . Atau Boleh terus berhubung dengan Cikgu Nurizzudden *nama panggilan cikgu din : 0193425788

Thursday 17 May 2012


 Tahniah Kerana Telah Mencipta Sejarah
'Malaysia Book Of Record'


Pada 11-13/5/2012. Pesaka Daerah Hulu Selangor di bawah pimpinan Cikgu Azrul Nizam (PSSGM) , 
Cikgu Abdul Basit (PSSPGM) , Cikgu Izzuden (PSSGM) dan beberapa orang cikgu Ajk program.
Telah melaksana kan program dengan jayanya untuk pemecahan rekod latihan silat selama 36 jam..
walaubagaimana pun target Majlis tertinggi adalah 36 jam, tetapi MT mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi 1 jam bermakna akan menjadi 37 jam. Alhamdulillah. semangat anak-anak gayong tetap bersemangat dari awal program hingga selesai program. Dengan kekuatan lebihkurang 80 orang dari anak gayong hulu selangor. Tidak lupa juga kepada wakil Pertubuhan  Silat Seni Gayong Serantau yang sanggup bersama-sama untuk menjayakan program, begitu juga dengan PSSPGM dari sungai kertas ,gombak yang turut hadir bersama dan membuat latihan selama 3 jam tanpa henti.. tahniah.

Ribuan terima Kasih atas kesudian Sk Batang Kali membenarkan tapak sekolah di jadikan sebagai tempat latihan selama 37 jam itu.
Akhir kata dari Pssgm Serendah juga berasa bangga atas semangat anak-anak gayong diserendah kerana telah bersemangat dan sanggup menempuh segala rintangan yang berlaku dengan kekurangan yang ada di program. Terima kasih atas sokongan anda semua.. , salam gayong , sekian wasalam..

antara gambar-gamba yang ketika majlis berlangsung
Saye kecil tetap bersemangat!!! ZATT
Anak Gayong Batang Kali ~ Gelanggang Pusaka warisan.

Gayong Hormat!!~ Cikgu Abdul Basit (PSSPGM)



Cikgu Azrul Nizam


Anak Gayong Serendah~ Gelanggang Sangsapurba
                                                              Saksikan Berita gayong


Sunday 12 February 2012

Tahniah !

Alhamdulillah dan syukur
Sekalung Tahniah di ucapkan kepada Cikgu Haris Yang telah melangsungkan perkahwinannya pada ahad 12.02.12.
Pssgm Serendah Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Haris dan pasangannya atas perkahwinannya.
Semoga persembahan kami yang tidak seberapa dapat memeriahkan majlis persandingan Cikgu .
Selamat Pengantin Baru dan Semoga kekal keanak cucu.. Amin ya rabbal alamin .


Thursday 26 January 2012

Berita Terkini.. Makluman untuk Pssgm Serendah

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Pssgm Serendah atau di email nafee.07@gmail.com 


terima kasih..