Monday 6 December 2010

Sunday 28 November 2010

Syukur & Syabas



Alhamdulillah .... syukur....

selesainya kesudahan program pssgm serendah Ujian & mandi tapak dan serta runion PSSGM.. yang berlangsung di Templekai serendah di kawasan pendalam perkampungan orang asli. Pada 27/11/2010 Penyertaan begitu menarik perhatian gur-guru. Lebih 30 orang yang hadir untuk mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut. Antara murid yang terlibat dari gelanggang seri cahaya Pelangi(batu arang), tempur cahaya pelangi(batu arang), gelanggang kundang(batu arang), gelanggang sangsapurba (serendah), gelanggang tok pinang (serendah)dan gelanggang sekolah menengah agama di rawang. Pernyertaan begitu memberangsaangkan.. Program ini di kendali oleh Cikgu Nurizzudin (Gurulatih Serendah), Cikgu Azrul Nizam (Gurulatih Di Gombak)...
Kami Wakil PSSGM serendah mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada guru-guru gayong yang terlibat secara langsung iaitu Cikgu Khairul, Cikgu Amin, Cikgu Rusman dan guru -guru yang hadir, begitu juga dengan anak gayong yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga kepada Pembantu gurulatih yang turut berjawatan urussetia yang hadir sejak 26/11/2010.. untuk persiapan awal..Akhir kata dari saya gayong adalah segayong,sekandi,seperigi,seminum, sejalan,sejadi,sedarah,sedaging ,dan sepadu..
Jika ada Dulang di tangan,
jangan biar ia terhempas,
jikalau ada sejanta ditangan,
jangan biar orang rampas,

sekian wassasalam...... nafee_07@yahoo.com / nafee.07@gmail.com

Saturday 6 November 2010

Ujian Kenaikan Bengkong dan Perlimau Tapak/Seni 2010


Pihak Gayong Hulu Selangor akan menjalankan Ujian Kenaikan bengkong dan Perlimau Tapak/Seni pada 27-28 November 2010dan bertapak di Tapak Perkemahan Air Terjun Serendah, Kampung Orang Asli, Serendah. Program ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam. Peserta akan terbuka kepada Ahli Gayong Hulu Selangor

Lokasi: Tapak Perkemahan Air Terjun Serendah, Kampung Orang Asli, Serendah

Tarikh: 27-28 November 2010 (2 hari 1 malam)

Penginapan: Khemah di sediakan ( Sila bawa Sekiranya Mempunyai Khemah Sendir)

Barang yang perlu dibawa :
- Pakaian untuk solat
- Uniform Silat
- Sardin 1 tin setiap seorang
- paralatan mandi menutup aurat
- pinggan dan cawan plastik
- Ubat-ubatan sekiranya ada penyakit
- Sleeping bag, selimut , jaket, dan selipar



Bayaran: Bayaran boleh dibayar sebelum 20 November 2010
Senarai bayaran:-perlimau tapak (RM 25.00)
- Pelimau Seni (25.00)
- Ujian kanak-kanak bercula (25.00)
- Ujian Putih (30.00)
- Ujian Hijau (35.00)
Sebarang Pertanyaan: Cikgu Din : 019-3425788
Cikgu Luqman :019-6057033
Cikgu Zaiful :012-9640964
Cikgu Hanafi :012-2410068
Borang penyertaan hendaklah diminta kepada Cikgu Gelanggang.

Monday 11 October 2010

Jualan Senjata Melayu oleh Cikgu Azhari


Ustaz Azhari adalah seorang yang amat berminat dengan senjata-senjata melayu. Oleh atas keminatan beliau dalam seni ukiran melayu beliau sering menjadikan senjata sebagai hobi beliau dan juga menjual barang tersebut.. Seperti tekpi,keris macam-macam lok,sundang,parang,golok, besi penumbuk dan lain2.. Beliau juga adalah gurulatih gayong di gelanggang pusat kuala kubu bharu.. Jika anda berminat mencari alatan senjata melayu sila layari: toktepok.multiply.com.. Sekian wasalam....

Tuesday 5 October 2010

Latihan Gayong kembali seperti biasa & pemberitahuan Ujian kenaikan bengkong

Pengunguman hanya untuk anak gayong diserendah.....Latihan di serendah akan dijalankan seperti biasa. Pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di tempat gelangang masing-masing bagi menghidupkan balik silat yang hampir sebulan tidak dijalankan latihan bagi memberi laluan kepada murid untuk rehat dan menyambut Aildilfitri . Sehubungan itu juga pihak gelanggang hendak menjalankan ujian kenaikan bengkong pada bulan sebelas. Tarikhnya akan diberitahu kemudian. Segala perubahan akan diberitahu..... harap dapat menghadirkan diri bagi SEMANGAT GAYONG DI SERENDAH...

Thursday 26 August 2010

Latihan Parang di Hulu Selangor

Aturcara latihan


waktu: 10.00 mlm
hari: Setiap hari Jumaat mlm Sabtu kecuali hari raya dan disambung selepas raya












Syarat-syarat untuk menyertai latihan parang
1) Berumur 16 tahun keatas
2) Ahli gayong yang berdaftar
3) Sudah menjalani perlimau seni
4) Mempunyai parang sendiri (Parang Brazil)

Latihan ini akan dimulakan pada hari puasa. Hari Raya akan di hentikan sementara, bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ia latihan ini akan disambung selepas raya.

Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.......

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday 18 July 2010

Mesyuarat Kali Ke 2

Mesyuarat Kali Ke 2
Makluman :
1)Pada ahli gayong hulu selangor dimaklumkan bahawa pada bulan puasa iaitu pada bulan lapan latihan akan direhatkan sehingga
Selepas seminggu raya.
2)Latihan Parang untuk semua pesilat 16 tahun dan keatas akan bermula pada bulan 8 iaitu 14.8.2010 jam 9.30 malam (sabtu)( selepas
puasa hari ke-4) bertempat di Gelanggang Sangsapurba desa melor. Dilatih oleh Cikgu Nurizzudin B. Sunarrsa

Syarat-syarat untuk menyertai latihan parang
1) Berumur 16 tahun keatas
2) Ahli gayong yang berdaftar
3) Sudah menjalani perlimau seni
4) Mempunyai parang sendiri (Parang Brazil)

Berkenaan Tentang majlis tahlil dan doa selamat
Cadangan:
Bercadang untuk memutuskan majlis dibuat sekali dengan KRT desa melor pada bulan lapan ini.
Bercadang untuk meminta sedikit sumbangan setiap pesilat RM10 & pembantu gurulatih keastas sebayak RM 20

Cadangan lain akan diberitahu kemudian…

Tuesday 6 July 2010

Mesyuarat PSSGM Cawangan Hulu Selangor



Pada Tahun 2010 mesyuarat tahunan telah diadakan di Dewan Komuniti Desa Melor Serendah, Pada 2.7.2010 Jam 9.00 malam.
Pada Tahun ini juga Cikgu Nurizzudin Bin Sunarsa telah dilantik oleh Pengerusi gayong , iaitu Cikgu Azrulnizam B. Amir sebagai setiausaha gayong di hulu selangor, sehubungan itu juga mesyuarat juga telah mengimbas kembali majlis yang lepas dan membincangkan cadangan-cadangan itu masa akan datang.

Saturday 3 July 2010

Blog Baru Gayong Hulu Selangor

Blog ini dikuat kuasa pada 3.7.2010... sebarang maklumat sila layari laman web:www.gayonghuluselangor.blogspot.com dan blog ini sedang di naik taraf harap maklum.