Wednesday 17 July 2013

Berbuka Bersama UTM Jalan Semarak, Anak Yatim Baitul Ummah Foundation

Pada 13 Julai lalu, anjuran daripada pelajar-pelajar UTM Jalan Semarak, telah  mengadakan satu hari bersama anak-anak yatim di Baitul Ummah Foundation semperna memeriahkan lagi bulan Ramadhan. Dengan adanya pelajar UTM ini dapat memeriahkan kekasih Allah itu, iaitu anak-anak yatim diBaitul Ummah Foundation. Kami dijemput hadir ke majlis tersebut bagi memeriahkan majlis.

 sedang berlangsung wayang bersama anak yatim.. . 
 Rajin Cikgu Aiman kita ni.. hehehhe
 gambar bersama...


 Berbuka .....
 berbuka hanya sekadar Kurma dahulu..
 Antara pelajar UTM


 Pelajar UTM dan Anak-anak Yatim
Slide terakhir 
 majlis penutupan...
 Cenderahati kepada pihak Baitul Ummah Foundation
 Ustaz Azrulnizam Pengasas II Baitul Ummah dan juga Pengerusi Gayong Hulu Selangor
 Pengasas I dan Cikgu Nurizzudden
 Cikgu Ayob
 Majlis Salam-Salaman
 Maaf gambar yang x jelas..... 

Segala Perbuatan yang baik, Insyaallah dapat balasan yang baik dari Allah....

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah"

( H.R Al-Baihaqi ) 
Segala Info
Baitul Ummah Foundation
No,33 Jalan 3D/6 Taman Setapak Indah,
Setapak, Kuala Lumpur
Ustaz Azrul Nizam Pengasas II: 013-6914267 & 019-5781416
Pejabat: +603-40321000

Segala Urusan derma boleh dibuat melalui panggilan atau alamat yang tertera.....


Friday 8 March 2013

Markah Tertinggi Dalam Ujian Kenaikan Bengkong 2012


Pada 23 Disember 2012, Majlis ujian telah dijalankan dan diuji oleh Cikgu Amin. Hasil dari ujian tersebut, pihak kami mendapati 3 anak Gayong  telah mendapat markah tertinggi dalam ujian dan seorang anak gayong mendapat keputusan tertinggi pengetahuan am Gayong. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk menganugerahkan Sijil Kecemerlangan kepada anak gayong untuk meneruskan semangat silat yang ada pada setiap anak gayong.

 

 
Markah Tertinggi dalam Ujian Pengetahuan Am, Serikandi Dhiyaa Annuar bt Azman





Markah tertinggi dalam Ujian 2012 Dari kiri: Sedara Irfan, Sedara Mustaqim, Sedara Zulfika. (yang x pakai baju silat tu, hanya hiasan semata-mata hehe Jangan marah Cikgu Ayob.. :-) ) 

Semoga dengan pemberian Anugerah ini dapat menaikkan semangat untuk bersilat dan memperjuangkan Silat Melayu Kita... Hidup Gayong Zattt!!!!

Majlis Penyampain Bengkong 2013 dan Tahlil ADMAR


Pada 23 hari bulan Febuari 2013,  pihak PSSGM Serendah dari Gelanggang SangSapurba telah mengadakan Majlis Penyampaian Bengkong dan Tahlil bagi ADMAR. Sehubungan itu juga, pada majlis malam tersebut, majlis berjalan seperti yang dirancangkan Alhamdulillah. Pada malam Itu, AJK Daerah Hulu Selangor yang dihadiri Ustaz Nizam, Ustaz Zahari, Cikgu Omar, dan Gurulatih Gelanggang CIkgu NurIzzudden (AJK Negeri Selangor). Ketika Majlis Sedang dijalankan…….


 Ahli Gelanggang SangSapurba
 Tahniah kepada yang Markah tertinggi.... Tapi yang merah bukan ye... saja posing sijil orang hehehe
 Dari kiri: Sedara Radhi, Ustaz AzrulNizam(YDP Gayong Hulu Selangor), Cikgu Omar (Timb. Gayong HS), Ustaz Zahari, Sedara Hanafi.

Gambar Selanjutnya... kena tunggu... hehehe

Friday 15 February 2013

Majlis Penyampaikan Bengkong. Dan Majlis Tahlil Arwah

Assalamualaikum, Pihak Gelanggang Sang Sapurba PSSGM Serendah akan menjalani majlis tahlil arwah Dato' Meor Abdul Rahman dan penyampaian bengkong...  seperti berikut:

Agenda,

3.45 PM - Pendaftaran
4.00 PM- Latihan Bersama dgn Ahli Gayong dan gelanggang Luar
6.00 PM- Rehat & persiapan untuk malam majlis

7.00 PM- Siap untuk solat maghrib 

8.00 PM- Siap untuk solat Isyak
9.00 PM- Majlis Tahlil arwah Dato' Meor Abdul Rahman & Majlis Penyampaian Bengkong
10.30 PM- jamuan makan Bersurai

Tempat
 : Gelanggang Sang Sapurba (Balai raya Desa Melor)
Tarikh : 23 Febuari 2013


Dengan ini, Kami menjemput semua anak gayong, ahli gayong dan ibu bapa untuk hadirkan diri ke majlis tersebut bagi memeriahkan majlis itu...  Kami harap kehadiran Tuan Puan dapat menjayakan majlis tersebut. Kerjasama Tuan Puan amat kami hargai... 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Gurulatih Utama Gelanggang Sang Sapurba Cikgu Nur Izzuddeen bin Sunarsa dengan talian 019-3425788..

http://www.facebook.com/groups/345613184024/ :Group Page PSSGM serendah