SEJARAH PSSGM HULU SELANGOR




Mula ditubuhkan pada tahun 1973 di Kuala Kubu Bharu di bawah Gurulatih bernama En. Amin.Mula bergerak aktif mulai tahun 1990 dibawah asuhan Cikgu Rauf(Bekas Juara Dunia).Waktu itu para pesilat aktif dilatih dalam pertandingan Silat Olahraga mewakili daerah sehingga peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.Pada tahun 1995 telah diadakan kursus kejurulatihan Silat Seni Gayong di bawah pimpinan Cikgu Rosman b.Ismail



Kursus ini telah dapat melahirkan ramai gurulatih-gurulatih muda di daerah ini untuk meneruskan kesinambungan Silat Seni Gayong.Pada tahun 2000 pula pertubuhan ini telah digerakkan dengan lebih aktif lagi dengan usaha Cikgu Zahari b. Ismail.Bermula dari tahun ini juga,maka bergeraklah pertubuhan ini dengan lebih aktif lagi dengan membuka gelanggang di sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Hulu Selangor.Bermula dari saat ini juga pertubuhan ini mula aktif menyertai pertandingan silat seperti kejohanan pencak silat sekolah-sekolah,kejohanan SUKSES,Negeri dan Kebangsaan.


Kenali Guru Tua Pssgm Hulu Selangor

Cikgu Omar Bin Ali



Cikgu Zahari Bin Ismail
                                                                     





Gambar Sampingan 
Ahli Jawatan Kuasa Pentadbir

Barisan Gurulatih Pssgm Hulu Selangor

Gurulatih Wanita 

Keratan Akbar Metro 2002


Kenangan Gelanggang PSSGM Serendah












Keratan Akbar Waktu Perasmian Gelanggang Awam Sangsapurba Desa Melur Serendah 

No comments:

Post a Comment