Wednesday 24 October 2018

KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA (BEPASUKAN DAN USIA DINI) "PIALA PUAN SRI RAJA AZIZAH"


Seramai 10 Pesilat yang mewakili PSSGM Hulu Selangor yang melibat kan diri 4 Kategori dalam kejohanan ini. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 Oktober  (Jumaat-Ahad) membuatkan hasil yang tidak sia-sia oleh kerana pesilat Wan Airell berjaya memperoleh Pingat Perak dalam kategori Usia Dini 11-12 Tahun, diikuti juga pesilat Muhammad Ridhuwan Jamil juga memperoleh pingat perak dalam kategori yang sama walaupun saingan sengit sehingga di akhir pertarungan. Dalam Kategori Usia Dini 9-10 tahun Pesilat Muhammad Iqram juga tidak melepaskan peluang hanya mampu juga memperolehi pingat Perak. Oleh itu 3 Pingat Perak berjaya dipungut oleh PSSGM HULU SELANGOR. Semoga anak-anak gayong di hulu selangor dapat mencipta nama dipersada dunia insyallah . 


Gelanggang yg terlibat : 
-Gelanggang Asrama Kasih YBK Serendah 
-Gelanggang Sangsapurba 
-Gelanggang Krt Rakan Muda Kg Sri Serendah

Terima Kasih juga buat pengurus pasukan .

-Cg Mohd Nur Izzuddeen
-Cg Muhamad Radhi Abdul Jamil
- Cg Muhd Hanafi .


Monday 1 October 2018

PROGRAM DINAMIK PSSGM WARISAN ADMAR




29&30 September 2018 PROGRAM DINAMIK PSSGM WARISAN ADMAR ADTEC Shah Alam dengan kerjasama PSSGM HULU SELANGOR. Alhamdulillah selamat 2 hari Program bersama . Tahniah Cg Khairul Halmi Hassan Basri (Pengurus Program/Gurulatih) Adtec & Cikgu Nur Izzuddeen Sunarsa (Pengarah Program)  dan AJK yg terlibat untuk menjayakan majlis ini.

Seramai 32 Pesilat dari gelanggang Adtec Shah Alam telah selamat menjalan program selama 2 hari , Ianya melibatkan pengisian Sejarah Gayong , Adat Gayong, Night Walk , Rentas halangan, Pengisin Rohani , Perlimau Tapak/Seni dan Ujian Kenaikkan Bengkong 

Alhamdulillah Kesemuanya telah lulus Awan Putih. Selain itu juga majlis diselitkan dengan majlis penyampaian bengkong gurulatih dri dalam daerah dan luar daerah.

Semoga allah memberkati majlis kita ini insyallah. Amin.

GAMBAR KETIKA PROGRAM SEDANG BERLANGSUNG 





































TAMAT


Majlis Penyampaian Bengkong dan Perlimau Tapak/Seni Gelanggang SMK Taman Bunga Raya 1




21 Zulhijjah. 1439/ 2 September 2018
.
Admin bersyukur rezeki allah berikan pada PSSGM Hulu Selangor individu-invidu yang sanggup mengorbankan masa demi menyebarkan ilmu Silat Seni Gayong pada anak didik warisan di Hulu Selangor. Tidak putus pemimpin yang sering berganti. Admin juga bersyukur masih ada yang senior dibelakang ketika saat sukar untuk pentadbir sesebuah daerah, Cabaran yang cukup tinggi. 
Admin berterima kasih pada ex senior2 silat gayong Hulu Selangor , ex pemimpin yang pernah memimpin daerah di Hulu Selangor. serta pernah mengharumkan nama hulu selangor .para pemimpin dan gurulatih yang masih bersama demi perjuangan Allahyarham dato meor. Kini Ahli di Hulu Selangor Kian berkembang dengan wujudnya gelanggang2 baru masih berkembang . Alhamdulillah dan tahniah. Semoga anak gayong di Hulu Selangor kian berkembang maju dan sejahtera. Semoga allah merahmati. 


Khas Buat PSSGM Hulu Selangor

Tahniah. Gambar Kenang-Kenangan Majlis Penyampaian Bengkong dan Perlimau Tapak/Seni Gelanggang SMK TBR1 disertai juga Gelanggang dari Khalid Alwalid dan Esar. Tahniah diucapakan.. Krediy Cg Khairuddin dan Cg Sayed .

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tetamu Jemputan

Cikgu Shuib Cucu Sulung Waris Keturuan Allahyarham Dato Meor Abdulrahman

Cikgu Rosman Ismail Timblan Ydp PSSGM Selangor

Cikgu Nur Izzudeen Pengerusi PSSGM Hulu Selangor

Cikgu Ismail Mad Nor Timblan Pengerusi PSSGM Hulu Selangor

CIkgu Zahari Ismail Pengerusi MGD Hulu Selangor

Puan Pengetua SMK TBR1 Cikgu N ZARINA BT ABD RAHMAN


Tahniah


Gambar ketika majlis sedang berlangsung




Majlis Penyampaian Bengkong dan Perlimau Tapak &Seni 2018 Anjuran Gelanggang Asrama Kasih Ybk Serendah



22 September 2018 / 12 Muhamram 1440

 Alhamdulillah. Impian demi Impian , Pencampaian demi pencampaian, Bangkit dan terus bangkit. SemogaAllah merahmati perjuangan Anak anak gayong terutama anak gayong hulu selangor .
Majlis Penyampaian Bengkong dan Perlimau Tapak &Seni 2018 Anjuran Gelanggang Asrama Kasih Ybk Serendah dengan kerja sama PSSGM HULU SELANGOR Yang disempurnakan Oleh YBhg Dato Zainal Abidin Sakom .


Datin Hartini Sedang menyampaikan bengkong awan putih kepada salah seorang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah


           Seramai 29 Pesilat berjaya menamat ujian diperingkat Putih Kosong dan Seorang pelangi hijau pada 21 September 2018 Jam 9 Malam. Pada keesokkan paginya 22 September seramai 15 orang telah di akad untuk menjadi anak-anak gayong oleh wakil perlimau Dr. Rosman Bin Ismail. Semoga dengan adanya semangat baru , anak anak gayong di Asrama Kasih Yayasan Kemiskinan Serendah terus bangkit Insyallah.


Dato Haji Beng Sedang menyampaikan bengkong putih kepada salah seorang pesilat wanita dri Aska YBK
Setinggi Penghargaan Terima Kasih Kepada Tetamu VIP/ AJK terlibat secara langsung atau pun tidak. Semoga Allah sentiasa memberkati majlis Kami .Amin.

Gambar Majlis Ketika sedang berlangsung


          



Malam ketika majlis ujian.
Ketua Penguji : Cikgu Ahmad Alif Imran (Gombak)
Penolong Penguji : Cikgu Nabihah (Gombak)

Tahniah.

Tamat




Tuesday 7 August 2018

Gelangang Rakan Muda KRT Kg Sri Serendah




Ujian Kenaikkan Bengkong 2018
Cawangan Hulu Selangor 
Gelanggang Rakan Muda KRT KG Sri Serendah

Seramai 21 Pesilat telah melibat kan diri dalam sesi ujian kali ini. 
tahniah bagi yang terlibat.

Penglibatan Gelanggang 
1) Rakan Muda KRT Kg Sri Serendah- 20 Orang
2) SangSapurba - 1 Orang

Pengurus Ujian : Cikgu Nafi
Penguji : Cikgu Kairur Abu Nasir (Panglima Pelangi Hitam)


Tahniah Peserta Yang Terlibat

Gelanggang At Taqwa Nusantara Hulu Yam

Ujian Kenaikkan Bengkong

Seramai 12 Orang telah berjaya menjalani ujian dengan sempurna 

Tahniah Di Ucapkan
 Gurulatih : Cg Krolnizam Muisan & Cg Amirul 'Azim Azhari

dan  12 Pesilat yang mengambil bahagian

Penguji Cikgu Radi sedang memberi taklimat


Sedang mendengar taklimat sebelum ujian bermula.



























Tahniah diucapkan