Wednesday 26 December 2012

Alhamdulillah Syukur.




Tahniah&Syabas.

Syukur Alhamdulillah. Selesai sesi Ujian kenaikkan bengkong PSSGM Serendah tahun 2012.
Segulung ucapan Tahniah Kepada Pesilat daripada Gelanggang Sangsapurba (serendah) dan gelanggang SAMER rawang.Yang sudi mengambil bahagian pada malam tersebut seramai 19orang yang mengambil ujian hitam ke putih dengan begitu semangat dan bersungguh-sungguh tanpa merungut kepenatan atau sebagainya .. Tahniah.. Tidak lupa juga kepada Cikgu Amin (Pelangi Hitam 3) yang sudi menjadi penguji kepada pesilat yang mengambil ujian pada malam tersebut.
Terima kasih juga kepada Cikgu Nurizzuden Bin Sunarssa (Pelangi Kuning 5) gurulatih gelanggang atas usaha beliau untuk mengajurkan majlis ujian kenaikkan bengkong.

Bagaimana pun Pihak penyelia blog PSSGM HULU SELANGOR Mengucapkan tahniah kepada semua anak gayong terlibat pada malam tersebut dengan menghabiskan tenaga untuk menjaya majlis tersebut . Tahniah di ucapkan.
Sekian.. wasalam.

Tuesday 18 December 2012

Petukaran..~ Tarikh ujian

Assalamualiaikum
Ujian Kenaikan Bengkong Bagi Awan Putih Dan Pelangi Hijau

Perkara di atas adalah dirujuki.
2. Adalah dimaklumkan, Pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Hulu Selangor, Gelanggang Sang Sapurba ingin membuat majlis ujian kenaikan bengkong bagi mana-mana pelajar yang ingin mengambil ujian tersebut. Butiran majis adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Disember 2012 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Awam Desa Melor Sang Sapurba (Gelanggang Futsal)
Masa : 8.30pm-11.00pm
Bayaran
Awan putih : RM 25.00
Pelangi Hijau : RM 35.00

3. Untuk maklumat tuan/puan, majlis dianjurkan bagi menaikkan semangat kepada pelajar silat serta menaikkan pencapaian pelajar dalam dunia persilatan.
Kerjasama dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Ujian Kenaikan Bengkong ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Segala maklum balas bolehlah menghubungi Cikgu Nurizzudden bin Sunarsa (Gurulatih Gelanggang Sang Sapurba) di talian 019-3425788.

Sekian,

Saturday 1 December 2012

Ujian Kenaikkan Bengkong 2012

 

01/12/12 PSSGM SERENDAH

Assalamualaikum
Pssgm Serendah akan mengadakan ujian kenaikkan bengkong dan perlimau adat...pada tarikh 22.12.2012 (Sabtu) .Bagi yang berminat boleh beri nama pada latihan Sabtu depan bersamaan 8.12.2012 dan tarikh akhir untuk memberi nama adalah pada 15.12.2012...dan ujian kenaikan bengkung hanya untuk

a) Hitam ke Putih
b) Putih ke Hijau

sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Izzudden (0193425788) Cikgu Radhi Al Mardhatillah atau boleh terus ke gelanggang Pssgm Serendah. sekian, wasalam

Pengunguman Waktu Latihan sesi 2012/2013




PSSGM serendah

Pihak Atasaan Iaitu gurulatih Pssgm serendah Hulu Selangor telah menetap latihan bertukar waktu jam 9.00 pagi (sabtu) di dewan komuniti desa melor serendah (bersebelahan dengan futsal). Jika Latihan di waktu pagi tidak mengizinkan seperti contoh HUJAN atau SEKOLAH GANTI bahawa latihan pada hari tersebut akan berganti pada waktu malam sahaja. Jam 9.00 mlm (sabtu) Di Padang bola Awam desa melor. *bahagian atas. Sebarang Maklumat Boleh berhubung Di FB Pssgm Serendah/ Page . Atau Boleh terus berhubung dengan Cikgu Nurizzudden *nama panggilan cikgu din : 0193425788