Saturday 23 April 2011

Majlis Ramah Mesra Ahli lama Dan Baru


Alhamdulillah berakhir sudah majlis ramah mesra bersama gayong yang di adakan di Dewan komuniti Desa Melor pada 16.04.2011. Syukur atas keahadiran anak gayong sama ada pssgm hulu selangor atau pun orng luar yang sudi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis Tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Isa dan sebagai tetamu undangan pssgm huluselangor telah menjemput Cikgu Rosman iaitu Waris Beradat Gayong atau berjawat jawatan sebagai penasihat gayong hulu selangor untuk memberikan ceramah berkenaan dengan gayong .

Majlis itu juga bertujuan sebagai langakah untuk merapatkan silaturrahim antara gayong atau juga mengenali sesama gayong. Akhir sekali Saye sebagai wakil PSSGM HULU SELANGOR mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ahli gayong yang hadir pada hari tersebut. Tidak lupa juga pada Pembantu-pembantu gurulatih dan gurulatih yang bersama2 menyumbang tenaga atau modal untuk menjaya majlis tersebut terutamanya Cikgu Nurizzuden .

sekian wassalam

Sunday 3 April 2011

Majlis makan malam bersama ahli gayong 16/4/2011

Majlis Makan Malam @ Ramah Mesra Bersama Ahli Gayong Hulu Selangor

Assalamualaikum..salam gayong

Seperti tajuk diatas PSSGM Hulu Selangor akan mengadakan Majlis Makan malam untuk anak gayong hulu selangor sahaja. Tidak kira ahli baru atau lama/ tidak kira mereka turun latihan atau pun tidak. Pssgm serendah untuk meminta sedikit sumbangan untuk mendaftarkan keahlian diri untuk tahun 2011 bgi ahli lama yg belum berdaftar (pendaftaran boleh dibuat pada hari tersebut). Tujuan akan diterangkan pada hari tersebut. Tujuan lain majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatturrahim sesama gayong tidak kira yang baru ataupon yg lama untuk beramah mesra bersama. Majlis ini akan berlangsung pada 16/4/2011. bermula jam 8.30 mlm.

Pendaftaran : ahli baru : RM 15
: ahli lama: RM 10
PSSGM hulu selangor mengalu-alu kan kehadiran anda semua (hulu selangor shj) kemajlis tersebut. Tidak memerlukan sebarang bayaran. Dan hanya memakai pakaian menutup aurat dan bersopan sahaja. Sekian wassalam..