Thursday 24 September 2015

Kursus Cindai 2.0 Hulu Selangor

Kursus Cindai 2.0 Hulu Selangor Anjuran PSSGM Hulu Selangor dengan Kerjasama Majlis Gurulatih Negeri .
Tarikh  22&23 / 08 / 2015
Tempat : Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu



Lagi sekali kami menjemput Khalifah Besar Negeri Selangor “Cikgu Ezehar Bin Abas “ untuk menurunkan ilmu cindai kepada peserta kursus. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang sudi hadir di kursus ini  terutamanya yang hadir diluar kawasan daripada Pahang , Klang , Kelantan dan Gelanggang di dalam kawasan hulu Selangor. Alhamdulillah semoga majlis ilmu ini diberkati.
Waktu Sebelum bermulanya latihan pada hari pertama


Di Majlis Penutup.


Selesai Sesi Cara Ikatan Cindai.


Peserta bersama YDP Hulu Selangor En.Bacroft (Sandang Waris beradat) dan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor Cikgu Rosman Bin Ismail.(Baju Kuning)

Sekian Terima Kasih . 


Admin memohon maaf atas sebab kelewatan menegmas kini blog.


Friday 22 May 2015

Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong Dan Majlis Perlimau Adat Berpusat



Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong Dan Majlis Perlimau Adat Silat Seni Gayong berpusat daerah Hulu Selangor
Pada : 16.05.2015 (Sabtu)
Jam : 9.00 Pagi – 1.00 Ptng
Tempat : Di Gelanggang Pusat Kompleks Belia Kuala Kubu Bharu
Gelanggang terlibat :
    1) Gelanggang Sangpurba Serendah
    2) Gelanggang Taman Ehsan Ibu Kuala Kubu Bharu
    3) Gelanggang IPT IKBN Peretak
    4) Gelanggang Salahuddin Al-Ayubi Darul Quran KKB
    5) Gelanggang Pusat Kompleks Belia KKB

Gelanggang Jemputan :

1)      Gelanggang Ulu Yam Taman Desa Kelisa







Alhamdulillah majlis yang berlangsung bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1 ptng Seramai 58 Pesilat yang mengambil bahagian dalam upacara Mandi Perlimau Tapak dan Seni Serta Ujian kenaikkan bengkong . Wakil Perlimau yang dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis iaitu Cikgu Selamat , dan jemputan penguji ujian bengkong Cikgu Ezehar Abas Selaku Khalifah Besar Negeri Selangor.  Pihak PSSGM Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK program serta pesilat yang mengambil bahagian sebagai salah satu cara mengembangkan aktiviti dan amalan tradisi silat seni gayong yang diperturunkan di Daerah Hulu Selangor sehingga kini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih dengan kehadiran En.Barcroft (YDP PSSGM Hulu Selangor), Cikgu Dr.Rosman Bin Ismail ( Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor ) , Cikgu Abdul Rahman (Timb. Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor) yang sanggup meluangkan masa bersama sehingga majlis selesai . Alhamdulillah . Majis meriah dengan kehadiran Para VIP Jemputan yang ada. . Akhir kata , Mohon maaf jika kekurangan majlis yang kami hadapi semoga pengalaman mendidik kami memperbaiki dan memantapkan majlis yang akan dilangsung di lain hari . Semoga Silaturrahim dengan nama ANAK GAYONG dan semngat persaudaraan Islam di eratkan insyallah . Sekian Wasalam Terima Kasih . Admin .

Monday 27 April 2015

Makluman Ujian Berpusat PSSGM Hulu Selangor 2015

Maklumat Terkini 28/04/2015 

Assalamualaikum 

PSSGM Hulu Selangor akan mengadakan Ujian Kenaikkan Bengkong dan Perlimau Adat berpusat bagi tahun 2015. Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :


Hari : Sabtu
Tarikh : 16/05/2015
Jam : 8.00 Pagi Sehingga 5 Petang.
Tempat : Gelanggang Pusat Kompleks Belia Kuala Kubu Bharu (Bersebelahan dengan Masjid KKB dan Bersebelah Persatuan Bekas Polis)


Bagi pesilat yang mahu melibatkan diri. Sila daftarkan diri di gelanggang masing-masing pada gurulatih sendiri. Penyertaan adalah limit 100 orang peserta sahaja. Mohon kerjasama Gurulatih Gelanggang Sila serahkan nama Selewat-lewatnya 08/05/2015 untuk urusan pengurusan barang dan tempat.

  1. Gelanggang Pusat KKB
  2. Gelanggang Sangsapurba Serendah
  3. Gelanggang SMAT KKB
  4. Gelanggang Salahuddin Al-Ayubi Darul Quran KKB
  5. Gelanggang MRSM KKB
  6. Gelanggang Taman Ehsan Ibu Sg Buaya. 
  7. Gelanggang IKBN Peretak KKB

Sebarang pertanyaan dan permohonan borang boleh berhubung dengan gurulatih gelanggang di hulu Selangor atau fb Pssgm Serendah  https://www.facebook.com/pssgmserendah (Wakil PSSGM Hulu Selangor) @ email : pssgmhuluselangor.2014@gmail.com
Kami juga menjemput pernyertaan dari gelanggang luar dan selewat-lewatnya 08/05/2015 .
Terima Kasih ~S/U Program.

Sunday 19 April 2015

Tahniah Kejohanan PSSGMK Negeri Selangor

Kejohanan Pencak Silat PSSGMK Negeri Selangor 
PSSGM Hulu Selangor telah menghantar 2 orang Pesilat dibawah bimbingan coach Syaif Ruzaidi.
Alhamdulillah dengan berkat pelajaran Kedua-dua orang pesilat tersebut merangkul pingat EMAS.
dan secara terusnya melayakkan diri ke peringkat Remaja Kebangsaan
Tahniah di Ucapkan Pesilat Wanita Suzana dan Pesilat Lelaki Nazri.





Sekian.

Saturday 4 April 2015

Latihan Gurulatih Selama 4 Bulan



Latihan sesi untuk sesi Gurulatih Selama 4 Bulan

Makluman terkini .
Latihan gurulatih yang dipimpin Oleh Cikgu Zahari Bin Ismail
telah berlangsung pada 3/4/2015 di gelanggang Pusat Kuala Kubu Bharu Jam 9.30 Malam . 
Latihan yang melengkap pelajaran tangan kosong dan sebagai pelajaran ulang kaji bagi gurulatih lama.
Moga PSSGM Hulu Selangor berkembang maju . 
Insyallah


Terima Kasih 

Sunday 22 March 2015

Pembukaan Gelanggang IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu


Gelanggang Institut Kemahiran Belia Peretak Kuala Kubu Bharu. Telah ditubuhkan/bermula latihan pada 03/03/2015.Setinggi ucapan terima kasih kepas Tuan Pengarah Ikbn kerana meluluskan permohonan untuk membuka gelanggang dan tidak lupa juga kepada En. Met atas usaha dan jawatan sebagai penasihat kelab Silat. Seramai anggaran 40 pelajar ikbn telah sertai latihan di Kelab Silat Seni Gayong Ikbn. Gelanggang ini dipegang oleh Cikgu Ahmad Alif Imran dan dibantu oleh Cikgu Aiman dan CIkgu Azim .
Semoga gelanggang IKBN menjadi gelanggang contoh dimasa hadapan.





Sekian 



Updated : Admin 

Saturday 14 February 2015

Saturday 7 February 2015

Majlis Perasmian Gelanggang Salahuddin Al-Ayubi Darul Quran

Pada 06 Feb 2015 . Majlis perasmian gelanggang telah dijalankan di Dewan Utama Darul Quran Kuala Kubu Bharu , Hulu Selangor . Majlis ini telah bermula dengan bacaab yassin dan tahlil dan perasmian bermula selepas isyak . Anggaran seramai 60 pesilat terlibat secara langsung dalam penerimaan anak murid gayong. Majlis buat pertama kali PSSGM Hulu Selangor di jalankan pada tahun 2015 . Alhamdulillah setinggi penghargaan kepada Cikgu Rosman Bin Ismail Selaku Timbalan YDP Selangor kerana merasmikan gelanggang darul quran . Setinggi penghargaan juga kepada pihak pentadbiran Darul Quran dan AJK kelab Darul Quran kerana bersama menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga gurulatih gelanggang darul quran Cikgu Nur Izzuddeen kerana mengerakkan majlis yang pertama kali buat daerah hulu selangor .







  

Semoga Silat Seni Gayong Hulu Selangor bertambah maju dan diberkati Allah S.W.T

Sekian