Thursday 4 May 2017

Penyampaian Sandang Khas kepada 4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman.

BERITA GAYONG
Seremban, NEGERI SEMBILAN - Seramai 14 ahli Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menerima watikah manakala 4 anggota Tiang Balai bagi Adat Negeri Sembilan menerima Sandang Seri Mahkota Cahaya Pelangi dan ditabalkan sebagai Khalifah Besar Negeri.
Majlis julung kali ini diadakan di kediaman Dato' Hajah Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman di Taman Temiang Jaya, Sikamat. Dato' Hajah Siti Fadzilah merupakan Waris Mutlak Zuriat Mahaguru Silat Seni Gayong.
Turut dimeriahkan lagi penyampaian Sandang Khas kepada 4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman.
Pengerusi Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM, Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid berkata penyampaian itu melengkapkan amanah yang diperturunkan kepada setiap pegawai Lembaga Beradat di peringkat kebangsaan.



Tambahnya, Jawatankuasa LBK berfungsi sebagai urusetia kepada Badan Adat PSSGM induk.
"Matlamat badan ini membantu menstrukturkan barisan Lembaga Berada Negeri-negeri agar kegiatan adat istiadat dapat menjalankan aktiviti mengikuti program yang berkesan."
Sementara itu, Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Mior BadrulHisham berkata antara 14 ahli LBK menerima watikah adalah Dato Dr. Ishak Hassan, Cikgu Ishak Taib, Dr. Abdul Mufti Haji Ansari, Cikgu Mior Badrulhisham Kamaruzaman, Cikgu Syarizal Dato' Maizan, Cikgu Mohd Said Hj. Nordin Cikgu Addi Putera Hji Yaakob dan Cikgu Abdul Rais Abdul Rahman.
Manakala, 4 anggota Tiang Balai yang ditabalkan sebagai Khalifah Besar Negeri Sembilan, Cikgu Mohd Said Haji Nordin, Mior Badrulhisham Hisham Kamaruzaman, Shafaruddin Sharif dan Abdul Rahman Mahmud.
Turut menerima Sandang Waris Beradat Seri Cuka Pelangi, Cikgu Muhammad Akramin Zikri Ali sementara Cikgu Selamat Mat Rani menerima watikah Perlimau Tapak dan Seni.
4 waris keluarga Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman yang menerima Sandang Khas, Encik Ahmad Zabid Hussin, Puan Zubaidah Hussin, Puan Siti Aluyah Hussian dan Puan Masita Hussin.
Majlis yang berlangsung pada sebelah pagi dihadiri lebih 50 tetamu dan tamat jam 12.00 tengah hari. Kebanyakannya hadirin terdiri daripada jawatankuasa Beradat Negeri Sembilan dan Kebangsaan.
Sumber : Cikgu Ramle Ar Rahman

No comments:

Post a Comment