Thursday 4 May 2017

KEMBALI KEPADA GAYONG ASAL – DATUK HJ HANIF

KEMBALI KEPADA GAYONG ASAL – DATUK HJ HANIF
Datuk Hj Hanif
Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia 
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju
Demikian antara lirik lagu rasmi Gayong yang menjadi intipati Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Selangor, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom sewaktu berucap di Majlis Makan Malam SeGayong Seirama baru-baru ini.
Katanya, sudah tiba masanya semua anak Gayong yang mewarisi ilmu persilatan dari Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR) bercantum semula demi persaudaraan Gayong.
“Kita perlu berlapang dada untuk bersatu demi persaudara Gayong. Jangan ada anak-anak Gayong yang durhaka dan menindakan ilmu Gayong yang mereka pelajari dari Datuk Meor Abdul Rahman,” ujarnya.


Dato Hj Zainal Abidin Bin Hj Sakom
Yang Di Pertua PSSGM
 Bahagian Negeri Selangor



Sehubungan itu, Dato’ Zainal menyeru semua anak-anak Gayong yang berpecah kembali semula bersatu demi memperjuangkan Gayong ADMAR.

Sementara itu, YDP PSSGM, Datuk Mohd Hanif Haji Koslan berkata pintu tolaransi sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berpatah balik untuk sama-sama bernaung dibawah payong PSSGM yang asal.
“Biarpun PSSGM kehilangan pengasasnya, Dato’ Meor Abdul Rahman namun kita masih mempunyai waris zuriat Mahaguru Silat Seni Gayong, Dato’ Hajah Siti Fazilah dan anak-anaknya.
“Malah kita juga mempunyai waris Amanah, Sazali Salleh@ Dato’ Meor Abdul Rahman yang setia bersama kita untuk sama-sama berjuang demi penyatuan Gayong ADMAR,” jelasnya.
Tambahnya, buanglah yang keruh ambil yang jernih demi masa hadapan anak-anak Gayong. Janganlah berasa ego demi kuasa yang bukan milik kita.

 Dato’ Sharizan Shaari
Pengawai Khas
YB Tan Sri Haji Noh Omar,
 Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis Makan Malam SeGayong, Seirama dirasmikan oleh YB Tan Sri Haji Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun beliau tidak dapat hadir dan mewakilkan Pengawai Khasnya, Dato’ Sharizan Shaari untuk membacakan teks ucapan dan merasmikan Tabung Kecemerlangan PSSGMSEL serta melancarkan Gerakan PSSGMSEL dan menyampaikan penghargaan kepada penyumbang.
Melalui teksnya, Tan Sri Haji Noh meminta semua anak-anak Gayong bersatu semula demi perpaduan dan perjuangan Gayong ADMAR.
Beliau mahu semua anak-anak Gayong menunjukkan komitmen mereka dan bertanggungjawab membawa kembali zaman kegemilang Gayong di zaman almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman masih ada.

Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Siti Catering, Bukit Beruntun, Selangor turut dikejutkan dengan penyerahan 250 borang keahlian Kumpulan Harimau Wilayah bersama 10 gurulatih diketuai Zulkafli Yusof kepada YDP PSSGM, Datuk Mohd Hanif.
Borang itu kemudiannya di serahkan kepada Abdul Rais Abdul Rahman selaku Khalifah Besar Wilayah Persekutuan dan Mohd Awaluddin Marsuk, Pengerusi Gurulatih PSSGM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyertai PSSGM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi anak-anak Gayong dan tetamu kehormat.




Sumber : Cikgu Ramler Ar Rahman 

No comments:

Post a Comment