Wednesday 24 October 2018

KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA (BEPASUKAN DAN USIA DINI) "PIALA PUAN SRI RAJA AZIZAH"


Seramai 10 Pesilat yang mewakili PSSGM Hulu Selangor yang melibat kan diri 4 Kategori dalam kejohanan ini. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 Oktober  (Jumaat-Ahad) membuatkan hasil yang tidak sia-sia oleh kerana pesilat Wan Airell berjaya memperoleh Pingat Perak dalam kategori Usia Dini 11-12 Tahun, diikuti juga pesilat Muhammad Ridhuwan Jamil juga memperoleh pingat perak dalam kategori yang sama walaupun saingan sengit sehingga di akhir pertarungan. Dalam Kategori Usia Dini 9-10 tahun Pesilat Muhammad Iqram juga tidak melepaskan peluang hanya mampu juga memperolehi pingat Perak. Oleh itu 3 Pingat Perak berjaya dipungut oleh PSSGM HULU SELANGOR. Semoga anak-anak gayong di hulu selangor dapat mencipta nama dipersada dunia insyallah . 


Gelanggang yg terlibat : 
-Gelanggang Asrama Kasih YBK Serendah 
-Gelanggang Sangsapurba 
-Gelanggang Krt Rakan Muda Kg Sri Serendah

Terima Kasih juga buat pengurus pasukan .

-Cg Mohd Nur Izzuddeen
-Cg Muhamad Radhi Abdul Jamil
- Cg Muhd Hanafi .


No comments:

Post a Comment