Friday, 8 March 2013

Markah Tertinggi Dalam Ujian Kenaikan Bengkong 2012


Pada 23 Disember 2012, Majlis ujian telah dijalankan dan diuji oleh Cikgu Amin. Hasil dari ujian tersebut, pihak kami mendapati 3 anak Gayong  telah mendapat markah tertinggi dalam ujian dan seorang anak gayong mendapat keputusan tertinggi pengetahuan am Gayong. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk menganugerahkan Sijil Kecemerlangan kepada anak gayong untuk meneruskan semangat silat yang ada pada setiap anak gayong.

 

 
Markah Tertinggi dalam Ujian Pengetahuan Am, Serikandi Dhiyaa Annuar bt Azman





Markah tertinggi dalam Ujian 2012 Dari kiri: Sedara Irfan, Sedara Mustaqim, Sedara Zulfika. (yang x pakai baju silat tu, hanya hiasan semata-mata hehe Jangan marah Cikgu Ayob.. :-) ) 

Semoga dengan pemberian Anugerah ini dapat menaikkan semangat untuk bersilat dan memperjuangkan Silat Melayu Kita... Hidup Gayong Zattt!!!!

Majlis Penyampain Bengkong 2013 dan Tahlil ADMAR


Pada 23 hari bulan Febuari 2013,  pihak PSSGM Serendah dari Gelanggang SangSapurba telah mengadakan Majlis Penyampaian Bengkong dan Tahlil bagi ADMAR. Sehubungan itu juga, pada majlis malam tersebut, majlis berjalan seperti yang dirancangkan Alhamdulillah. Pada malam Itu, AJK Daerah Hulu Selangor yang dihadiri Ustaz Nizam, Ustaz Zahari, Cikgu Omar, dan Gurulatih Gelanggang CIkgu NurIzzudden (AJK Negeri Selangor). Ketika Majlis Sedang dijalankan…….


 Ahli Gelanggang SangSapurba
 Tahniah kepada yang Markah tertinggi.... Tapi yang merah bukan ye... saja posing sijil orang hehehe
 Dari kiri: Sedara Radhi, Ustaz AzrulNizam(YDP Gayong Hulu Selangor), Cikgu Omar (Timb. Gayong HS), Ustaz Zahari, Sedara Hanafi.

Gambar Selanjutnya... kena tunggu... hehehe

Friday, 15 February 2013

Majlis Penyampaikan Bengkong. Dan Majlis Tahlil Arwah

Assalamualaikum, Pihak Gelanggang Sang Sapurba PSSGM Serendah akan menjalani majlis tahlil arwah Dato' Meor Abdul Rahman dan penyampaian bengkong...  seperti berikut:

Agenda,

3.45 PM - Pendaftaran
4.00 PM- Latihan Bersama dgn Ahli Gayong dan gelanggang Luar
6.00 PM- Rehat & persiapan untuk malam majlis

7.00 PM- Siap untuk solat maghrib 

8.00 PM- Siap untuk solat Isyak
9.00 PM- Majlis Tahlil arwah Dato' Meor Abdul Rahman & Majlis Penyampaian Bengkong
10.30 PM- jamuan makan Bersurai

Tempat
 : Gelanggang Sang Sapurba (Balai raya Desa Melor)
Tarikh : 23 Febuari 2013


Dengan ini, Kami menjemput semua anak gayong, ahli gayong dan ibu bapa untuk hadirkan diri ke majlis tersebut bagi memeriahkan majlis itu...  Kami harap kehadiran Tuan Puan dapat menjayakan majlis tersebut. Kerjasama Tuan Puan amat kami hargai... 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Gurulatih Utama Gelanggang Sang Sapurba Cikgu Nur Izzuddeen bin Sunarsa dengan talian 019-3425788..

http://www.facebook.com/groups/345613184024/ :Group Page PSSGM serendah


Wednesday, 26 December 2012

Alhamdulillah Syukur.




Tahniah&Syabas.

Syukur Alhamdulillah. Selesai sesi Ujian kenaikkan bengkong PSSGM Serendah tahun 2012.
Segulung ucapan Tahniah Kepada Pesilat daripada Gelanggang Sangsapurba (serendah) dan gelanggang SAMER rawang.Yang sudi mengambil bahagian pada malam tersebut seramai 19orang yang mengambil ujian hitam ke putih dengan begitu semangat dan bersungguh-sungguh tanpa merungut kepenatan atau sebagainya .. Tahniah.. Tidak lupa juga kepada Cikgu Amin (Pelangi Hitam 3) yang sudi menjadi penguji kepada pesilat yang mengambil ujian pada malam tersebut.
Terima kasih juga kepada Cikgu Nurizzuden Bin Sunarssa (Pelangi Kuning 5) gurulatih gelanggang atas usaha beliau untuk mengajurkan majlis ujian kenaikkan bengkong.

Bagaimana pun Pihak penyelia blog PSSGM HULU SELANGOR Mengucapkan tahniah kepada semua anak gayong terlibat pada malam tersebut dengan menghabiskan tenaga untuk menjaya majlis tersebut . Tahniah di ucapkan.
Sekian.. wasalam.

Tuesday, 18 December 2012

Petukaran..~ Tarikh ujian

Assalamualiaikum
Ujian Kenaikan Bengkong Bagi Awan Putih Dan Pelangi Hijau

Perkara di atas adalah dirujuki.
2. Adalah dimaklumkan, Pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Hulu Selangor, Gelanggang Sang Sapurba ingin membuat majlis ujian kenaikan bengkong bagi mana-mana pelajar yang ingin mengambil ujian tersebut. Butiran majis adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Disember 2012 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Awam Desa Melor Sang Sapurba (Gelanggang Futsal)
Masa : 8.30pm-11.00pm
Bayaran
Awan putih : RM 25.00
Pelangi Hijau : RM 35.00

3. Untuk maklumat tuan/puan, majlis dianjurkan bagi menaikkan semangat kepada pelajar silat serta menaikkan pencapaian pelajar dalam dunia persilatan.
Kerjasama dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Ujian Kenaikan Bengkong ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Segala maklum balas bolehlah menghubungi Cikgu Nurizzudden bin Sunarsa (Gurulatih Gelanggang Sang Sapurba) di talian 019-3425788.

Sekian,

Saturday, 1 December 2012

Ujian Kenaikkan Bengkong 2012

 

01/12/12 PSSGM SERENDAH

Assalamualaikum
Pssgm Serendah akan mengadakan ujian kenaikkan bengkong dan perlimau adat...pada tarikh 22.12.2012 (Sabtu) .Bagi yang berminat boleh beri nama pada latihan Sabtu depan bersamaan 8.12.2012 dan tarikh akhir untuk memberi nama adalah pada 15.12.2012...dan ujian kenaikan bengkung hanya untuk

a) Hitam ke Putih
b) Putih ke Hijau

sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Izzudden (0193425788) Cikgu Radhi Al Mardhatillah atau boleh terus ke gelanggang Pssgm Serendah. sekian, wasalam

Pengunguman Waktu Latihan sesi 2012/2013




PSSGM serendah

Pihak Atasaan Iaitu gurulatih Pssgm serendah Hulu Selangor telah menetap latihan bertukar waktu jam 9.00 pagi (sabtu) di dewan komuniti desa melor serendah (bersebelahan dengan futsal). Jika Latihan di waktu pagi tidak mengizinkan seperti contoh HUJAN atau SEKOLAH GANTI bahawa latihan pada hari tersebut akan berganti pada waktu malam sahaja. Jam 9.00 mlm (sabtu) Di Padang bola Awam desa melor. *bahagian atas. Sebarang Maklumat Boleh berhubung Di FB Pssgm Serendah/ Page . Atau Boleh terus berhubung dengan Cikgu Nurizzudden *nama panggilan cikgu din : 0193425788

Thursday, 17 May 2012


 Tahniah Kerana Telah Mencipta Sejarah
'Malaysia Book Of Record'


Pada 11-13/5/2012. Pesaka Daerah Hulu Selangor di bawah pimpinan Cikgu Azrul Nizam (PSSGM) , 
Cikgu Abdul Basit (PSSPGM) , Cikgu Izzuden (PSSGM) dan beberapa orang cikgu Ajk program.
Telah melaksana kan program dengan jayanya untuk pemecahan rekod latihan silat selama 36 jam..
walaubagaimana pun target Majlis tertinggi adalah 36 jam, tetapi MT mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi 1 jam bermakna akan menjadi 37 jam. Alhamdulillah. semangat anak-anak gayong tetap bersemangat dari awal program hingga selesai program. Dengan kekuatan lebihkurang 80 orang dari anak gayong hulu selangor. Tidak lupa juga kepada wakil Pertubuhan  Silat Seni Gayong Serantau yang sanggup bersama-sama untuk menjayakan program, begitu juga dengan PSSPGM dari sungai kertas ,gombak yang turut hadir bersama dan membuat latihan selama 3 jam tanpa henti.. tahniah.

Ribuan terima Kasih atas kesudian Sk Batang Kali membenarkan tapak sekolah di jadikan sebagai tempat latihan selama 37 jam itu.
Akhir kata dari Pssgm Serendah juga berasa bangga atas semangat anak-anak gayong diserendah kerana telah bersemangat dan sanggup menempuh segala rintangan yang berlaku dengan kekurangan yang ada di program. Terima kasih atas sokongan anda semua.. , salam gayong , sekian wasalam..

antara gambar-gamba yang ketika majlis berlangsung
Saye kecil tetap bersemangat!!! ZATT
Anak Gayong Batang Kali ~ Gelanggang Pusaka warisan.

Gayong Hormat!!~ Cikgu Abdul Basit (PSSPGM)



Cikgu Azrul Nizam


Anak Gayong Serendah~ Gelanggang Sangsapurba
                                                              Saksikan Berita gayong


Sunday, 12 February 2012

Tahniah !

Alhamdulillah dan syukur
Sekalung Tahniah di ucapkan kepada Cikgu Haris Yang telah melangsungkan perkahwinannya pada ahad 12.02.12.
Pssgm Serendah Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Haris dan pasangannya atas perkahwinannya.
Semoga persembahan kami yang tidak seberapa dapat memeriahkan majlis persandingan Cikgu .
Selamat Pengantin Baru dan Semoga kekal keanak cucu.. Amin ya rabbal alamin .


Thursday, 26 January 2012

Berita Terkini.. Makluman untuk Pssgm Serendah

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Pssgm Serendah atau di email nafee.07@gmail.com 


terima kasih..

Sunday, 20 November 2011

Majlis Makan Malam PSSGM Serendah


Majlis Makan Malam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Serendah.


Dengan ini Pssgm serendah akan mengadakan majlis makan malam bersama pesilat2 diserendah
dengan betujuan untuk menyambut awal muharam pada tarikh 27.haribulan 11@ jam : 8 malam Selepas magrib. Dengan itu majlis menjemput ahli @ anak gayong di serendah untuk menghadirkan diri di Dewan Kampung Tok Pinang (berdekatan dengan surau kg tok pinang dan gelanggang kg tokpinang). Semua anak gayong PSSGM dijemput hadir bagi memeriahkannya.

Sebarang Pertanyaan sila hantarkan soalan di facebook : PSSGM serendah. tq.

p/s : tolong sebarkan kepada rakan kenalan terdekat.

Sekian Terima Kasih ...

Monday, 10 October 2011

Syabas Semua..!

Baru-baru ini pssgm hulu selangor telah dijemput untuk mengadakan pesembahan
Demonstrasi silat
dibukit sentosa berdekatan dengan tesco rawang Sempana Majlis
"KARNIVAL JALANAN".
Persembahan ini telah melibatkan gurulatih iaitu
Ustz Azhari (Gelanggang KKB)
Ustz Nizam (Gelanggang Sekolah agama di gombak)
Cikgu Nurizzuden.(Gelanggang Sangsapurba di serendah)

serta ia melibatkan pesilat seramai lebih 20 orang yang terlibat..
Tahniah kepada semua yang menjayakan demonstrasi silat..









sekian dan terima kasih atas sokongan anda..

www.facebook.com/pssgmserendah


Monday, 19 September 2011

Ucapan Hari Raya

Kami dari Gayong Hulu Selangor ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidulfitri kepada warga Gayong di Malaysia Kami Juga ingin meohon ampun dan maaf sekira ada salah silap dari kami harap dimaafkan.

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin......

Salam Dari Kami Gayong Hulu Selangor.....

Zat!!!!