Friday 22 May 2015

Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong Dan Majlis Perlimau Adat Berpusat



Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong Dan Majlis Perlimau Adat Silat Seni Gayong berpusat daerah Hulu Selangor
Pada : 16.05.2015 (Sabtu)
Jam : 9.00 Pagi – 1.00 Ptng
Tempat : Di Gelanggang Pusat Kompleks Belia Kuala Kubu Bharu
Gelanggang terlibat :
    1) Gelanggang Sangpurba Serendah
    2) Gelanggang Taman Ehsan Ibu Kuala Kubu Bharu
    3) Gelanggang IPT IKBN Peretak
    4) Gelanggang Salahuddin Al-Ayubi Darul Quran KKB
    5) Gelanggang Pusat Kompleks Belia KKB

Gelanggang Jemputan :

1)      Gelanggang Ulu Yam Taman Desa Kelisa







Alhamdulillah majlis yang berlangsung bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1 ptng Seramai 58 Pesilat yang mengambil bahagian dalam upacara Mandi Perlimau Tapak dan Seni Serta Ujian kenaikkan bengkong . Wakil Perlimau yang dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis iaitu Cikgu Selamat , dan jemputan penguji ujian bengkong Cikgu Ezehar Abas Selaku Khalifah Besar Negeri Selangor.  Pihak PSSGM Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK program serta pesilat yang mengambil bahagian sebagai salah satu cara mengembangkan aktiviti dan amalan tradisi silat seni gayong yang diperturunkan di Daerah Hulu Selangor sehingga kini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih dengan kehadiran En.Barcroft (YDP PSSGM Hulu Selangor), Cikgu Dr.Rosman Bin Ismail ( Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor ) , Cikgu Abdul Rahman (Timb. Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Selangor) yang sanggup meluangkan masa bersama sehingga majlis selesai . Alhamdulillah . Majis meriah dengan kehadiran Para VIP Jemputan yang ada. . Akhir kata , Mohon maaf jika kekurangan majlis yang kami hadapi semoga pengalaman mendidik kami memperbaiki dan memantapkan majlis yang akan dilangsung di lain hari . Semoga Silaturrahim dengan nama ANAK GAYONG dan semngat persaudaraan Islam di eratkan insyallah . Sekian Wasalam Terima Kasih . Admin .