Thursday 22 May 2014

Majlis Ujian Kenaikkan Bengkong dan Mandi Adat Tapak dan Seni . PSSGM HULU SELANGOR.


Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Hulu Selangor.
Bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor Serendah





Program bermula jam 8 pagi dimulai dengan pendaftaran peserta dan kehadiran tetamu undangan wakil perlimau dan penguji, Seramai hampir 40 orang terlibat secara langsung dalam program ini, dari beberapa buah gelanggang iaitu Gelanggang Sang Sapurba (Desa Melor) , Gelanggang Kuala Kubu Bharu, Gelanggang BMI , Gelanggang Desa Kelisa , Gelanggang Desa Kiambang Serendah , Gelanggang Tempur Pssgm Kundang Gelangang Semerah Padi CountryHomes dan beberapa yang buah gelanggang yang lain . Jam 9 bermula Program mandi tapak dan seni yang di perlimau kan cikgu Datuk Paduka Mufti Ansari. Jam 11 pagi bermula Ujian Kenaikkan bengkong sehingga tamatnya jam 2ptng . Tahniah kepada peserta yang baru menjadi anak gayong , dan tahniah juga kepada peserta ujian dan kebanykkannye Semua lulus. Alhamdulillah . bagi yang gagal, anda bukan gagal selama-selamanya. Teruskan bersilat Insyallah . Tahniah dan syabas. Setinggi Penghargaan kepada Cikgu Mufti , Cikgu Amin , Cikgu Megat , Cikgu Radhi , Cikgu AzrulNizam, Cikgu Norisfaszrin yang sudi melibat kan diri dengan menghantar anak buah masing-masing untuk turut serta . Alhamdulillah . moga-moga insyallah kenalan baru mahupun yang lama , moga-moga silaturrahim berkekalan . tanpa mengira pentadbiran dan pertubuhan , kita adalahh Anak Gayong!! ZAT!

Sekian ...